Jangan lupa menonton teledrama best ini yer
SINOPSIS CUCU WAN LEBAR (TV1)
“Cucu Wan Lebar” berkongsi kisah 10 orang cucu dan yang paling menonjol watak Pudin, yang banyak mengetuai aktiviti mereka. Satu petang Pudin dikejar lembu milik Muthusamy. Dalam cubaan melarikan diri, dia memanjat pokok namun terjatuh dan patah kaki. Doktor mengesahkan kaki kiri Pudin retak dan urat saraf kaki kanan pula rosak. Kos ‘baik pulih’ kaki Pudin dianggarkan mencecah tiga ribu ringgit.
Bila Pudin patah kaki, sepupunya yang lain juga “patah kaki”. Segala aktiviti mereka tergendala. Misi pertama mereka cuba mendapatkan kerusi roda. Mereka bekerja ‘part time’ dengan Muthusamy. Cukup duit, mereka membeli kerusi roda terpakai. Misi seterusnya mencari duit untuk kos pembedahan kaki Pudin.
Satu petang Najmi ternampak poster Pertandingan Bola Sepak 7 sebelah yang hadiah utamanya seribu ringgit. Mereka menubuhkan W.L FC. (Wan Lebor FC). Semak samun tepi rumah dibersihkan untuk dijadikan padang latihan mereka. Mereka berlatih dalam serba kekurangan, tetapi meriah dengan sokongan. Apatahlagi ramai yang sudi menaja jersi, sarapan dan sepanduk untuk mereka. Cucu-cucu perempuannya menubuhkan pasukan sorak yang dianggotai Cu Leha, Pak Ngah Sudin dan Muthusamy anak beranak. Oleh kerana Pudin ketua pasukan sorak yang berkerusi roda, jadi dia mencipta gerakan sorak secara duduk.
Tiba hari pertandingan, seisi kampung datang memberikan sokongan. Lori Muthusamy digunakan untuk membawa pemain, Mereka bermain bersungguh-sungguh, namun mereka tewas. Mereka kecewa, tetapi Wan Lebor tetap tersenyum bangga. Wan Lebor bangga dengan semua cucunya, walaupun mereka tidak sehebat anak orang lain tetapi berjiwa besar dan sanggup bersusah senang bersama.
Kekecewaan mereka didengari penaja utama pertandingan, Datuk Kassim. Kagum dengan ikatan kasih sayang cucu-cucu Wan Lebor, dia akhirnya bersetuju untuk menaja kos ‘pembedahan’ kaki Pudin. Itulah kemenangan sebenarnya buat mereka.
Shooting kat Perak, directornya Mior Hashim Manap.
Anak lelaki rakan blogger Pnut turut berlakon sama...penulis skrip pun Pnut juga. Tahniah buat beliau.

Assalamualaikum Kak Ina
BalasPadamselalu dengar lagunya...
terlepas pula nak tengok..
BalasPadam