OOO

Khamis, April 18, 2013

Resepi Ketam Mentega Telur Asin

Assalammualaikum 

Dah lunch ker belum? 
Tak ada idea nak masak apa petang ni? Jom cuba masakan ketam goreng telur asin yang sodap ni.  Tak percaya ker?
Kalau tak percaya boleh try buat.  Kalau makan kat luar memang mahal tau..baik baik sendiri.

Bahan-bahan:-
3-5  ekor ketam bunga (dipotong dua atau mengikut citarasa masing-masing.
5-10 biji cili api – dihiris ikut kepedasan masing-masing
2 tangkai daun kari 
3 sudu besar/25gm mentega
5 biji telur masin (direbus..ambil kuningnya)-hancurkan

seikat daun kari
1 cawan susu cair
1 sudu kecil gula
5 biji bawang putih (dicincang halus)
2-3 sudu besar tepung jagung

garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit dan lada sulah
minyak untuk menggoreng
Caranya

1.  Lumur tepung jagung, garam dan serbuk kunyit pada ketam yang telah di bersihkan.
2.  Goreng  deep fry seketika dalam minyak, angkat dan ketepikan.
3.  Panaskan satu sudu besar minyak, tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
4.  Masukkan mentega dan susu cair.  Gaul sehingga sebati.
5.  Tambahkan kuning telur masin dan sedikit lada sulah ..kacau sehingga sebati.
6.   Kacau rata, tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih, masukkan ketam kacau rata dan sedia dihidang.

6 ulasan:

  1. alamak kak . nampak memang sedap.. tapi tyka tak makan ketam pula.. mungkin bole diganti dengan udang.. he he

    BalasPadam
  2. my feveret ni..pandai makan tapi tak reti2 nak masak sendiri..hehehe...thank u so much for the recipe ;-)

    BalasPadam
  3. pehh..nampak sedappp. nak sikit.

    BalasPadam
  4. tak pernah masak macam ni lagi, mesti sedap ni kak ina.

    BalasPadam
  5. Ketam mentega yang menggoda lidah ini Kak

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...