OOO

Selasa, Julai 02, 2013

Awesomenya Samsung Galaxy S4

 48 hours Sticky Post. Scroll down for the latest entries.

Terujanya saya bila melihat pelancaran Samsung Galaxy S4 pada bulan lepas dan dapat pula  mencubanya  selama seminggu.  
Saya tak melepaskan peluang untuk mencuba segala fungsi di Samsung Galaxy S4 ini.
 
Samsung Galaxy S4 ini adalah  telefon pintar yang terbaharu keluaran Samsung. Menggunakan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean dan CPU yang berkuasa Quad-core 1.6 GHz Cortex-A15 & quad-core 1.2 GHz Cortex-A7. 
 
Telefon pintar Samsung juga memang menarik kerana bentuknya yang elegan dan  senang dikendalikan walaupun anda pertama kali menggunakan telefon pintar berjenama Samsung.


Untuk bateri pula, ianya menggunakan bateri berkuasa Li-Ion 2600 mAh battery dan  boleh bertahan sehingga 370 jam dan bila menggunakan 3G bila anda berada didalam mood Stand By. Manakala untuk bercakap, ianya akan bertahan sehingga 17 Jam didalam mood 3G.  Lama sungguh kan, taklah ashik nak kena gi charge ajer.









Paparan skrin pada telefon pintar ini sungguh  jelas dan terang dengan saiz skrin sebesar 5-inci dengan resolution penuh HD. 
Bila saya cuba ambil gambar di tv, gambarnya amat jelas kerana kamera S4 ini menggunakan kamera 13 megapixel pada bahagian belakang dan  2 megapixel untuk kamera hadapan.


Untuk kamera belakang, fungsi seperti auto fokus dan LED Flash terkandung didalam telefon pintar ini. 
 
Yang paling menarik mengenai  Samsung Galaxy S4 ialah dual camera dimana kita  boleh menggunakan kamera depan dan juga belakang pada masa yang sama tanpa mengganggu bahagian kamera belakang.

Walaupun kita mengambil gambar pada masa yang sama, kualiti gambarnya memang tidak mengecewakan kerana gambarnya memang jelas dan cantik.
Antara ciri-ciri yang menarik yang ingin diketengahkan oleh Samsung adalah fungsi yang pelbagai guna yang baru dan telefon pintar ini mendahului telefon pintar yang ada dipasaran.


Antara fungsi-fungsi yang menarik yang lain ialah 


AirView 
Membolehkan anda melihat sesuatu aplikasi seperti email ataupun galeri gambar tanpa membuka applikasi tersebut. Ia hanya menggunakan jari ke atasnya untuk seketika dan ia akan membuka applikasi.


Air Gesture
Fungsi ini membolehkan pengguna mengawal telefon pintar ini tanpa menyentuhnya. Tetapi fungsi ini hanya tersedia untuk beberapa applikasi yang tersedia seperti Galeri. 

Cara penggunaanya adalah hanya perlu menggerakkan tangan anda ke sensor telefon pintar ini ke kiri, kanan, atas atau bawah dan ianya akan bergerak mengikut pergerakkan tangan anda.


SmartStay yang sebelum ini tersedia pada telefon pintar Samsung sebelum ini telah diperbaiki dalam mengesan mata anda melalui sensor yan tersedia. 


Untuk anda yang ingin berkongsi lagu atau video tanpa perlu memuat turun, Samsung Galaxy S4 mempunyai fungsi Group Play. Cara menggunakan hanya membuka fungsi ini di telefon pintar ini dan dekatkan dengan telefon pintar yang lain. Anda sudah boleh berkongsi dengan rakan anda.


Yang menariknya, Samsung telah menambah fungsi terbaharu iaitu SmartPause yang mana apabila mata pengguna beralih dari sensor telefon pintar ini, ianya akan berhenti seketika dan akan bersambung semula apabila mata anda memandang telefon pintar ini.


Untuk anda yang mementingkan kesihatan, Samsung telah menambah fungsi S Health. Fungsi ini membantu anda melihat progress anda yang menjaga kesihatan anda. Antara fungsi-fungsi yang terdapat dalam S Health ini adalah Berat Badan, Tekanan Darah dan sebagainya.



Bagi anda yang suka bercuti diluar negara, masalah berkomunikasi adalah sesuatu yang menjadi masalah bukan.  Dengan Samsung Galaxy S4 ini, ia mempunyai fungsi S Translator yang memudahkan kita semua.


Mengandungi 8 bahasa yang boleh digunakan menggunakan suara atau teks. Jadi ianya boleh membantu anda yang mengalami masalah berkomunikasi dengan masyarakat di negara yang kita lawati.

Jika anda inginkan kelainan pada telefon pintar anda, anda boleh mendapatkan aksesori yang berada di Samsung Smart Store. Antara yang terdapat di kedai tersebut adalah:


Casing untuk bateri anda dan juga skrin anda untuk mengelakkan dari skrin anda terkena kotoran ataupun calar. Ianya dijual dengan harga RM99.00.

Banyak lagi kelebihan  Samsung Galaxy S4, untuk maklumat lanjut bolehlah melayari laman web Samsung di SINI

16 ulasan:

  1. waaaahhhh... samsung s4 ni kini menjadi buruan.. mudah dan lengkap! =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kid..samsung S4 jadi pujaan sekarang ni

      Padam
  2. menarik ni
    nak kena kumpul duit ni beli
    ehehehhe

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.
    Sy pon gna s4..hb bgi hadiah hari ibu aritu..1st time guna pon mmg dah leh tau nak guna..

    BalasPadam
  4. Menarik Group Play tu,semakin teruja untuk memiliki S4 satu hari nanti

    BalasPadam
  5. menariknya. ada tak orang nak bagi hadiah bday bulan 9 ni agaknya :p hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti ada eliss..ramai yang sayangkan kamu kan

      Padam
  6. Rasanya memang tak puas kan sebab dapat guna seminggu je kan kak.... tapi... gambar DRAMA SHOT takde ker ? hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang tak puas guna seminggu ajerk..kena sambar satu gak ni :)

      Padam
  7. terbaiklah kak.. tunggu harga turun sikit baru leh beli ni.. hehehe

    BalasPadam
  8. aku nakkkkkkkk.. tp ingin Iphone 5 pulak dah.. hehe. tgh menabung neh kak

    BalasPadam
  9. alahai...
    tergoda kak ina..
    terasa mcm nak jugak ni..
    tapi fikir jangka panjang.. terpaksa melupakan..adehh..

    BalasPadam
  10. Samsung S4 memang penuh dengan ciri-ciri yang mampu menambat hati setiap pengguna diluar sana.
    Terutama sekali peminat gadget macam saya ni.Memang akan selalu mengikuti info-info terbaru mengenai gadget masa kini.

    Terima kasih akak kerana sudi berkongsi ilmu mengenai Samsung S4 ni.Kini saya yakin S4 adalah pilihan hati saya :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...