OOO

Sabtu, Julai 20, 2013

Chicken Floss Bun / Bun Serunding Ayam

Salam ramadan
Bila bulan puasa ni nafsu lain macam kan..nak masak itu dan ini.  Alhamdulliah setakat ni tak pergi lagi beli kat pasar ramadan (PARAM).  Buat ajerlah kueh yang simple..dengar cerita kueh satu 50 sen..kat umah akak ni mana cukup kalau beli RM5.00.
Tenguk roti serunding ayam ni macam sedap ajer..cuma beli serunding ayam yang akak beli masa gi ke Kelantan beberapa bulan yang lepas.  Resepi akak am bil dari blog ainkamal.

Bahan-bahan ( 6 biji )

  • 250g tepung roti
  • 15g butter
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 1 biji telur
  • 170ml susu( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
  • 1 sudu kecil(3g) dry yeast 
  • 40gm tepung susu (sy tambah) 

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan kecuali butter / marjerin ke dalam breadmaker.
  2. Pilih untuk buat doh. On kan. masukkan air sedikin demi sedikit ikut jenis tepung..jika lembik sangat boleh tambah tepung sedikit.
  3. Bila doh sebati baru masukkan marjerin..on BM pukul hingga doh elastik
  4. Bila dah siap, keluarkan dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin. Bahagikan kepada 6. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  5. Ambik sebiji roti. Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Buat semula bentuk bulat. Ulang sampai habis. Biarkan roti naik 2 kali ganda. 
  6. boleh bentuk ikut kreativiti masing2 dan letak inti yang di gemari.kembangkan lagi 2x ganda.
  7. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air.
  8. Bakar dengan suhu 170C selama 12-13 minit. @ hingga roti perang.


 Topping:
1 sudu makan  mayonis
1 sudu makan susu pekat manis
Chicken Floss / serunding ayam

Apabila sudah selesai membakar, bancuhkan 1 sudu makan mayonis dan 1 sudu makan susu pekat manis. Gaul rata. Sayu mayonis dan susu itu ke atas roti, dan taburkan chicken floss.... Siap untuk di makan.

 selamat mencuba!

8 ulasan:

  1. Sedapnya Bun Serunding Ayam ni... Meleleh air liur saya dibuatnya... Pandai Kak Ina masak... hehehe

    BalasPadam
  2. semalam dah la saya tengok ada kawan saya makan nasi ketuk dengan serunding. geram pula tengok serunding..huhu

    BalasPadam
  3. assalamualaikum kakina...sedapnye tengok...;)

    BalasPadam
  4. boleh jugak ni beli bun roti yang kosong ni dan taruk topping ajer.nak meroti tak de oven. rumah saya banyak serunding ni . hehehe

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum , perghhh sodapnyaaaaa ;p

    BalasPadam
  6. kalau tabur penuh atas bun tu..sape tak terliur maa..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...