OOO

Ahad, Julai 14, 2013

Donut Sosej/Roti Sosej

Assalammualaikum dan salam ramadan semua
Pecah rekod tak pernah lagi gi ke Pasar Ramadan (PARAM), rajinlah pulak buat kueh salah satu sebabnya suami tak bekerja jauh.  Sedih gak berpisah dengan suami dan 2 orang anak perempuan..nak buat camner kan..redha ajerlah.

Resepi donut sosej sosej/roti sosej ni akak ambil dari rakan blog zalinzalina

Bahan-bahan
500gm tepung gandum
50gm margerin
1 biji telur
1 1/2 sudu kecik yis kering
1 sudu kecik garam halus
1 sudu kecik baking powder
2 sudu kecik tepung susu
250ml air suam 

sosej secukupnya
Cara-caranya:-

1.Bancuh air suam dengan gula...larutkan...pastu letak yis..biar sekejap (berbuih2)
2.Masukkan semua bahan dalam mixer...atau dalam bekas untuk yang nak uli pakai tangan
3.Kalau guna mixer uli 5 minit kelajuan sederhana..
4.Kalau guna tangan, lama sikit ye...sampai adunan tak melekat kat tangan
5.Tutup adunan...biar kembang selama 1 jam atau lebih...paling lama pun 3-4 jam...lama sangat nanti bau tapai pulak..
 

6.  Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin rehatkan selama 6 hingga 8 minit.
7.  Letakkan doh di atas papan canai dan gelek sehingga agak nipis.Potong panjang-panjang
8.  Ambil sosej yang siap dipotong dan lilitkan doh tadi pada sosej...
9.  Buat sehingga habis dan susun donut sosej di dalam dulang. Rehatkan 5~6 minit.
10.  Panaskan minyak secukupnya dan goreng dengan api sederhana sehingga donut tersebut keperangan. Angkat dan toskan.

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...