OOO

Selasa, Julai 16, 2013

Gambar Terbaru Hajah Mazuin Hamzah Dalam Nona TV3

Assalammualaikum dan salam ramadan

Mungkin generasi terkini  cam anak-anak akak tak kenal dengan Hajah Mazuin binti Hamzah ni.  Kalau nak tau beliau dulu seorang penyanyi dan pemain drum dalam kumpulan "Quinary M" dan top pada tahun 80..an. Kisah selanjutnya kat SINI.
 
Akhirnya dapat gak tenguk wajah Hajjah Mazuin binti Hamzah dalam siaran Nona hari Ahad yang lalu ..seronoknya...tertunai hasrat dihati bila dapat dengar suara beliau yang masih tak berubah.  

Hilang rasa rindu bila dapat menatap wajah beliau yang masih jelita semasa menjadi penyanyi pada waktu muda remaja.

Wajah beliau terpapar semasa MAJLIS PERKAWINAN DIRAJA ADINDA SULTAN KELANTAN DAN ANAK SAUDARA SULTAN BRUNEI di negara Brunei.
  
Hajah Mazuin mempunyai tiga orang cahaya mata hasil perkawinan dengan adinda Sultan Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah atau lebih dikenali dengan panggilan Pengiran Sufri. 

 

Ada gak wajah anak perempuan beliau yang cantik jelita seperti ibunya 

seiras dengan wajah Hajah Mazuin kan..:)

Kalau nak tenguk live boleh gi ke tonton.com.

22 ulasan:

  1. lala pown tgk jgk NONA ahad lepas...dah nmpak lain mak sedara si amy mastura neh kan? lama xdgr citer dye...ttiber kuar kt nona smlm. terubat rs rindu kat penyanyi lama neh...he2

    BalasPadam
  2. penyanyi legend sentiasa diingati

    BalasPadam
  3. tak perasan lak hajah mazuin tp tgk ucapan dr sepupu pengantin lelaki
    tak tahu lak itu anak mazuin
    lawa :)

    BalasPadam
  4. wah kak...saya terlepas tengok sebab masih dalam kereta perjalanan balik ke rumah...saya pun suka dengan dia dulu ni...last saya tengok dia waktu anak perempuan dia Ajeerah tu kecik lagi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak per..gi kat tonton.com.my leh tgk ulangan

      Padam
  5. terlepas tengok nona...agaknya dia menetap kat Brunei lagi

    BalasPadam
  6. baru2 nie ada gak tercari info pasal mazuin dalam internet sekali terjumpa kat blog kak ina...terubat rindu nak tengok wajah latest mazuin

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak pun hilang rindu dengan penyanyi kesukaan ramai ni

      Padam
  7. aah, aritu pun tengok kat nona. tapi dh mcm ingat2 lupa muka mazuin yg dulu. rasanya sekrng ni mcm dh susut sgt

    BalasPadam
  8. nak tgk nona ahad lepas tp boleh lak terlupaa.... grrrr....

    BalasPadam
  9. Hari tu saya tengok jugak tapi rasa macam lain ja muka dia mungkin gaya rambut tu kot yg jadi muka dia lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaupun begitu kejelitaannya masih terserlah kan

      Padam
  10. assalam.. kalau tak silap Hajah sepupu Amy Mastura kan!

    BalasPadam
  11. Slmt Hari Raya...sy tumpang gembira peminat setia jga dr bangku sklh lg ni..tenkiu share

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...