OOO

Jumaat, Julai 26, 2013

Pengalaman Naik Bas Di Terminal Bersepadu Selatan

Salam Ramadan
Setelah lama tak naik bas gi jejalan..akhirnya sebelum puasa kami buat pertamanya kali menggunakan pengangkutan awam untuk ke Johor Bharu.

Oleh sebab setiap Jumaat malam jalan nak menghala keluar dari Kuala Lumpur memang sesak teruk kami tak nak ambil risiko naik kereta takut tertinggal bas.

Dari rumah kami ke Stesyen Komuter di Sentul  anak yang hantar..stesyen kat sini sedang di naik tarafkan..dah cantik.  Bila bayar tambang nak ke TBS tak sangka murah bebeno...patutlah orang suka naik komuter ni.

Dari Sentul kami turun di Bank Negara kerana kena tukar train sebab train yang kami naik nak ke Pelabuhan Kelang. 
Kami kena naik train ke  Seremban sebab nak naik bas dari  Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di  ni terletak di Bandar Tasik Selatan.

Terletak betul-betul bersebelahan dengan stesen ERL, KTM Komuter dan RapidKL LRT (Ampang Line) memang memudahkan sesiapa saje nak naik bas ke arah selatan

Tak payah suruh sesiapa hantar pun tak per , naik aje komuter, ERL atau LRT tu terus naik jejantas ke pintu masuk utama Terminal Bersepadu Selatan

Perjalanan memang lancar, orang tak ramai.  Bila sampai ke sini...wow cantiknyaaaaaaa.

Leh lepak tenguk tv..kalau jadual perjalanan masih lama.  Anak akak panggil TBS ni tiket bas sekolah
Surau pun ada kat sini..sempatlah solat isyak.  Cuma tak puas hati tang toilet pempuan..ishhhh teruk tullah.  Kami beli tiket bas di agent transnasional.  Kononnya nak rasa naik bas 2 tingkat.

Tapi hampas..sebab cuma bas biasa yang di sediakan..tak tertunai hasrat di hati anak-anak.  

Kami makan ringan kat restoran mamak ajer.  Akak nampak ada KFC, Starbucks, Wendy’s, Kenny Rogers .tapi semua nak tutup sebab dah dekat pukul 10.00 malam..kami naik bas pukul 12.00 tengahmalam.

Kena gi kuanter transnasional sebab kena tukar tiket bas dengan boarding passuntuk ke  Lobi Pelepasan (Departure Lobby)..feeling cam nak naik kapal terbang lah pulak. Oh yer nama kita mesti sama dengan tiket yang dibeli tau..kalau idak mereka tak kasi boarding pass.  Jangan beli dengan ulat tiket tau..nanti anda tak sampai ke destinasi.

Masa kat sini terjumpa geng blogger Arfa Yuri yang dah tinggal di Melaka..nak balik umah family kat Subang.  Lama juga borak dengan beliau..seronok sebab lama tak jumpa dia.
Bila dah petugas dah check boarding pass..baru boleh turun ke bawah...ada no pintu nak bas kat boarding pass.  Kalau tak sure leh tenguk kat skrin. Tempat menunggu pun cantik dan selesa....kalau lapar ..dahaga..beli ajer sebab ada gerai kat sini.
Boleh tenguk bas dah sampai ker idak kat skrin..nak gi tandas pun ada kat sini..puas hati lah kalau nak naik bas ke selatan lain kali.  

Mudah, cepat dan selesa menggunakan pengangkutan awam rupanya..tak lah mengharung kesesakan jalan raya sampai leh krem kaki.


8 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina, sheila setiap kali balik kg suami mesti naik bas. malas gila kitorang nak naik kereta. hehehe anyway puas hati kan service sana tip top :)

    BalasPadam
  2. ok juga tempat ni nampak selesa aja

    BalasPadam
  3. nice la tempatnya.mmg mcm terminal kapal terbang dah. kalau tengah tunggu2 tue best dpt duk kat kerusi urut tue kak.

    BalasPadam
  4. waahhhh bestnya! saya dah lama x naik bas...benda yg plg sya suke dgn naik bas ni ialah tido lam bas...huhuhu...nikmatnya mmg tiada tandingan, nak2 bila kpala siap trhantuk sket kt tgkap tu hehe...

    BalasPadam
  5. Tu la kan kak.... bila tengok kat boarding tu dah macam kat airport pulak kan

    BalasPadam
  6. cantiknya TBS. tak pernah pegi pon. selalu lalu je hehe

    BalasPadam
  7. memang TBS ni cantik dn selesa..macam airport je

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...