OOO

Selasa, Julai 30, 2013

Resepi Puding Kastad Buah Sedap

 Salam Ramadan

Dah jadi kegemaran kat umah akak puding kastad buah ni ..makan time panas-panas memang sodap. Anak akak pun suka buat  sebab senang dan mudah..resepi dari gang masak memasak yatie

Bahan-bahan Untuk Puding
  • 1 cawwn tepung kastard
  • 5 cawna air
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan gula
Cara-Cara
  1. Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.
  2. Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas-bekas kecil atau loyang.
  3. Biarkan sejuk sebentar dan simpan dalam peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan.


Bahan Untuk Kuah
  • 1 tin koktel buah-buahan ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin air biasa (air masak)
  • 1 cawan gula( terpulang pada masing-masing..kalau nak manis leh tambah ya..)
  • Ais secukupnya
Cara-Cara
  1. Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.
  2. Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang koktel dan susu.
  3. Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur koktel buah2an.
  4. Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.
**Biasanya saya guna air masak biasa campur dngn susu cair dan gula saja. Lepas tu tuang koktel buah-buanan  tadi.Gaul sebati dan letak sedikit ketulan ais. Barulah di hidangkan bersama

9 ulasan:

  1. senang je buat kan?..tpi selalu fail buat koktel..terlebih manis...hehe

    BalasPadam
  2. wow.. puding kastad.. sedap ni..
    asben nani suka makan ni sangat2..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. sheila dah pernah try. sedap gilaaaaaaaa. hehehe

    BalasPadam
  4. kak, kalau puding tu dah dalam loyang kan...kalau norfa terus tuang je kuah campur koktel tu dalam loyang tu boleh? kiranya kalau orang nak makan dia terus cedok dr loyang la...
    takdelah cedok puding, pastu nak kena tuang kuah...

    boleh kan camtu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak masukkan puding tu dalam tupperware..dah suam masukkan dalam peti sejuk. pastu potong kecil kecil dan ceduk air buah tu.

      Padam
  5. Salam kak ina, tgk resepi kak in nampak mudah sangat, tapi bila nak buatnya macam tak yakin je boleh jadi, hihhi nanti nak cuba try juga. boleh buat time saudara mara mai umah raya nanti kan.

    BalasPadam
  6. Kalau ada yg bagi semangkuk best ni, kat rumah mak gila dessert anak2 pandang je. Malas nak buat sebab sorg2 je makan.

    BalasPadam
  7. tak berapa suka la puding. tak tau kenapa..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...