OOO

Khamis, Ogos 15, 2013

Mixed Spice Lamb Stew


Bila dah petang mulalah terfikir nak masak yang sedap-sedap untuk keluarga tersayang kan.

Hari-hari memikirkan menu apa sehingga kadang-kadang sampai blur memikirkannya.

Bile jenguk ke DearNestle teringin pula nak cuba resepi Mixed Spice Lamb Stew yang menggunakan Nestle® Yogurt Set Asli.


Selain boleh di makan begitu sahaja dengan Nestle®Yogurt Set Asli sesuai juga dijadikan sos salad buah-buahan, sos asas pececah, melazatkan pencuci mulut dan menjadi perapan yang enak dalam pelbagai masakan.


Nestle®Yogurt Set Asli   juga rendah kalori kerana dalam setiap 100gm hidangan hanya mengandungi 57 kalori dan 1.6g lemak berbanding 28.3g lemak sekiranya menggunakan santan. 

Selain tidak di tambah gula, pewarna tiruan dan rendah lemak memang sesuailah untuk menggantikan santan, mayonnaise, Krim Masam dan lain-lain kerana ianya lebih berkhasiat.


Nampak menyelerakan ker tidak hidangan ini?

Inilah masakan untuk akak berbuka puasa, nama masakan ni  "Mixed Spice Lamb Stew".  Stew ni akak gunakan daging kambing.  Kalau tak nak gunakan kambing, boleh gak di tukar dengan daging lembu ataupun ayam.

Jom tenguk macamana apakah bahan-bahannya dan cara untuk membuatnya.

Bahan-bahan

  • 3 batang saderi-potong sepanjang 2 cm 
  • 3 ulas bawang putih - kisar
  • 1 biji bawang sederhana besar-cincang 
  • 3 biji ubi kentang-kupas kulit dan potong kiub
  • 1 batang lobak sederhana besar - kupas kulit dan potong ketulan besar
  • 1 sudu teh halia segar-parut atau cincang
  • 2 tangkai daun ketumbar - untuk hiasan 
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 500 g Lamb Fillet atau  Lamb Shoulder
  • ¼ cawan kacang peas sejuk beku
  • 2 sudu besar  Garam Masala, campurkan dengan 2 sudu besar air untuk dijadikan pes
Cara Memasak
1.  Buang lemak fillet/shoulder lamb dan potong  kuib 4x4 cm.  Bersihkan dan keringkan dengan paper towel.

2.  Panaskan minyak masak dalam periuk sederhana ataupun heatproof casserole pot, masukkan lamb dan goreng sehingga perang.


 3.  Tumis  bawang putih, bawang dan halia dalam kuali/periuk dan tumis sehingga naik bau.  Masukkan pes garam masala dan kacau lagi selama 2 hingga 3 minit.


4.  Masukkan kembali kambing ke dalam  kuali / periuk, tuangkan campuran yogurt dan masukkan  Stok Kiub Ayam MAGGI.  Masak dengan api kecil selama 30 minit.


5.  Masukkan kentang, lobak merah serta kacang pea dan masak selama 25-30 minit atau sehingga daging kambing  bertukar menjadi lembut dan tender.  Perasakan dengan dengan  MAGGI CUKUP RASA All-In-One Seasoning
jika perlu.

 
6.  Hiaskan dengan daun ketumbar dan kacang pea dan hidangkan dengan serta-merta dengan beberapa keping baguette ataupun  beras basmathi.

Senang kan nak buat resepi ni.  Alhamdulliah anak-anak dan suami memuji masakan akak ni..sedap katanya :).

Selain dari berkhasiat kerana tidak menggunakan santan,  Mixed Spice Lamb Stew juga baik di hidangkan untuk hidangan sekeluarga kerana mempunyai pelbagai sayur-sayuran yang berkhasiat bagi keperluan keluarga tercinta. 

Menu ni juga sesuai juga untuk di hidangkan di pagi raya nanti untuk santapan keluarga dan sanak saudara yang menziarahi ke rumah.
Cubalah yer 

"I was paid by Nestle for this blogpost".
 

25 ulasan:

  1. Boleh dicuba nanti menu ni Kak Ina, bahan2 pun simple kan.

    BalasPadam
  2. Nampak sedap. Boleh cubaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  3. sedap..memang nampak sedap. apa kata Kak Ina buat resepi ni masa buat rumah terbuka di hari raya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap..tak pernah buat open house lah ladfe

      Padam
  4. Sedap....Nanti weekend ni saya datang ya...

    BalasPadam
  5. suka cara akak lebelkan setiap bahan masakan tu..sesuai untuk orang yang baru nak belajar memasak..kadang-kadang memang masih ada bahan yang belum kenal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yer ker..kalau camtu kalau rajin akak buat label tu yer mama I.A.

      Padam
  6. Wow.... rezeki akak jadi DUTA NESTLE pulak yea....

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur alhamdulliah hazman rezeki yang di berikan olehnya :)

      Padam
  7. Assalamualaikum kak ina. sheila nak mohon sharing kat fanpage sheila ye. nak bookmark sekali. tak sabarnya nak cuba resepi kak ina. nampak senang dan menyelerakan :)

    BalasPadam
  8. boleh cuba ni bila ada masa. Mesti sedapppppp punya.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...