OOO

Ahad, Ogos 25, 2013

Resepi Biskut Dahlia Susu


Assalammualaikum
Masa bulan puasa tak sempat nak buat kukis raya padahal bahan dah beli sebab kepenatan buat kukis jualan.  Lepas raya barulah teringin nak buat biskut dahlia susu.  Akak ambil resepi dari blog Alongroz.

Bilangan: ~150 keping
BAHAN-BAHAN:  
250g Mentega  
1/2 tin Susu Pekat  
1 sudu teh Esen Vanilla  
1 sudu besar  Gula Halus  
100g Tepung Ubi*  
400g Tepung Jagung*  
1/2 cawan Tepung Gandum* (* Ayak bersama) 


CARA-CARA 1. 
Pukul mentega dgn susu dan gula sehingga sebati (tak perlu pukul lama2).  
2. Campurkan tepung sedikit-sedikit sehingga rata.  
3. Picitkan dengan acuan dahlia.  Hiaskan dengan coklat chips atau pun potongan kecil buah ceri merah/hijau
4. Bakar 150C selama 10-11 minit.  
5. Sejukkan sebelum di simpan dlm bekas kedap udara.
 
 

4 ulasan:

  1. cutenye biskut..
    selalu buat tak jadi.. mesti daun dia patah.. kekeke

    BalasPadam
  2. dah habis raya baru teringin kan kak .. terus nafsu makan ni ..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak ina. eeee tak sabarnya nak belajar buat kuih raya. hehehe. thanks kak ina sharing resepi :)

    BalasPadam
  4. baru2 ni pun kakak ada buat biskut dahlia.. zaman deno kekick2 dulu, biskut ni wajib ada waktu raya :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...