OOO

Jumaat, September 27, 2013

Resepi Masak Lemak Cili Api Udang Dengan Pucuk Ubi

Assalammualaikum

Lama tak update blog kan..yang ada pun sebab N3 adv yang telah akak draft sebelum line internet terputus...tu pun anak akak yang tolong publish kat tempat kerja.
 
Geram gak bila kita bayar bil tak pernah culas tapi time tak ada line tm ni ambil masa dekat 5 hari baru settle.  Sakit hati tak?  Ashik fikir untung ajer kan..orang punya kesusahan dia orang tak ambil peduli.


Bahan-bahan
500gm udang sederhana besar
1/2 kg atau  500gm santan pekat
11/2  cawan air
 1 cekak pucuk ubi-ambil pucuk muda dan rebus sekejap dengan air dan sedikit garam
10 -15 biji cili apikalau nak pedas tambah lagi
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai-titik hujung
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit-di siat dan disimpul
garam secukup rasa
 

Bahan-bahan
1.  Ambil pucuk ubi yang muda dan rebus bersama air sehingga empok dengan sedikit garam.  Toskan.
2.   Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.
#Kalau malas kisar ajer dengan blender :)
3.  Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan air.
4.  Biarkan mendidih dengan menggunakan api sederhana dan kacau selalu.
5.  Bila mendidih masukkan udang, daun kunyit dan asam keping bersama sedikit garam.
6.  Bila mendidih sekali lagi masukkan pucuk ubi yang telah di rebus dan biarkan sekejap, rasa garam dan baru padam api.

 Pekena dengan sambal belacan lagi umphhh kannn :)

15 ulasan:

  1. SA pun buat gulai udang kak ina tp campur kacang buncis..

    BalasPadam
  2. sedapnya,,berselera la makan plak dgn timun or kacang botol cicah belacan

    BalasPadam
  3. sedapnya masak lemak udang....meleleh air liur.

    BalasPadam
  4. alamaak aqqaaq... buat la open ous yew

    BalasPadam
  5. masakan kampung yang sodap gitu.....

    BalasPadam
  6. Kegemaran! Walaupon perot akan jadi berangin. Tapi abaikan. Hehehe

    BalasPadam
  7. ya allah terliur betul deno!!! nyum3!!

    BalasPadam
  8. buat perut rasa lapar je ni..pucuk ubi tu..pergh

    BalasPadam
  9. Gulai lemak udang memang feveret. tapi pucuk ubi tak makan. hehehehe

    BalasPadam
  10. Mahu terangkat makan dengan sambal belacan pun ada sekali. :-)

    BalasPadam
  11. masak lomak pucuk ubi saja pun dah sodap, tambah udang jangan cakaplah...

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  13. Pergh! menyelerakan, bila la nak balik kampung. Pucuk ubi dapat fre jer hihi :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...