OOO

Isnin, Oktober 07, 2013

Resepi Gulai Cumi/Sotong Ala Padang

                        Assalammualaikum
Agak bosan masak sambal cumi, kali ini ibu cari resep dari indonesia, ingin merasa gulai sotong aka cumi padang.  Dah lupa bicara kayak orang Jakarta.   

Nak sedap kena cari sotong yang ada isi..tak pun masukkan telur puyuh yang telah di rebus.
Bahan-bahan

500 gram sotong
3 lembar daun limau purut
2 batang serai dititik hujungnya
2 helai daun kunyit
500 ml santan
1 cawan air

Kisar Halus
4 biji cili merah
6-10 biji cili api
5 butir bawang merah
5 ulas bawang putih
5 cm kunyit
3 biji buat keras
sedikit halia
1 sudu teh ketumbar
sedikit lengkuas
garam dan minyak secukupnya
1 sudu teh lada hitam

Bahan Hiasan:
cili hijau-potong dua besar iris
2 helai daun limau purut

Cara-caranya
  • Kisar halus semua bahan  kisar
  • Bersihkan sotong dan di buang tulang dan kulitnya.  Masukkan kembali kepala sotong dengan pencungkil gigi.
  • Panaskan periuk/kuali dan masukkan minyak masak dan tumis bahan kisar selama 2 minti.
  • Masukkan daun limau purut, serai dan kacau sebentar dan masukkan pula santan pekat bersama air.
  • Masak  hingga kuah mendidih sambil di kacau  sesekali agar santan tidak pecah.
  • Setelah santan mendidih, masukkan sotong.
  •  Masak hingga sotong masak lebih  kurang  selama 15 minit dan tutup periuk agar sotong tidak keras.
  • Setelah 15 minit buka tutupnya,kacau sebentar dan sotong masak. Matikan api dan bolehlah di hidangkan.

10 ulasan:

  1. Anak2 Aina sotong kalau ada telur depa tak nak selalu bg dekat ma aje yg memang hantu telur sotong.

    BalasPadam
  2. kangen bangat ama cumi.. hahaha..

    BalasPadam
  3. Owhhh.... baru saya tahu cumi tu adalah sotong....

    BalasPadam
  4. Rempah yang saya bagi dulu tu pun leh masukkan dalam gulai kak

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum kak, gulai ni sheila tak reti sangat. nanti nak cuba ikut cara2 akak pulak. mana tahu menjadi kan?

    BalasPadam
  6. macam sedap jer, kebetulan sotong ada dlm peti ais, boleh cuba resepi nih...

    BalasPadam
  7. Dah cuba masakan ni... memang sedap..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...