OOO

Jumaat, November 22, 2013

♥Cara Buat Karipap Dinosor Miri ♥

Assalamualaikum semua
Teringinlah pulak nak buat karipap  kat sini. Jangan gelak baca tajuk N3 kali ni.
Kebetulan ada lebihan  ayam dan telur rebus, akak pun letak sekali dalam doh.  Jadilah karipap giant ataupun teman blogger Cikgu Ayu namakan ♡♡Karipap Dinosor Miri♡♡  kat fb.  Doh memang kena besar sikit, kalau idak tak muat semuanya.

Kulit Karipap
1/2 kg tepung gandum 
2 sudu besar mentega/marjerin 
2 sudu besar minyak masak
Air dari peti sejuk..agak-agaklah tuang sampai jadi doh)

Guna botol ajer sebab penggelek belum ado

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.



4. Tuangkan air dari peti sejuk yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.
6. Siap untuk di gunakan.

★Nota★
Masukkan adunan kedalam plastik beg dan ikat lebih kurang 20 hingga 30 minit kalau nak bagi doh lagi ranggup.
Sajer tambah carikan ayam dan potongan telur rebus


Inti Karipap
  • 1kg ubi kentang-dadu 
  • 1 biji bawang besar-dadu 
  • 3 sudu besar kari daging-ikut suka 
  • 400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap) 
  • 1 stok ayam 
  • 1 biji bawang besar*  
  • 4 biji bawang kecil* 
  • 3 biji bawang putih* 
  • 1 inci halia* 
  • 3 tangkai daun kari
  •  air secukupnya
  •  garam dan sedikit minyak
Cara-cara
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. (guna f/p pun boleh)Toskan. 
  2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia. 
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  4.  Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak. 
  5. Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar. 
  6. Masukkan pulak ubi kentang, stok ayam, garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer)
  7. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala.
  8. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.
  9. Bila inti sejuk, ambil doh dan terap bulat.  Masukkan inti, kepingan ayam, potongan telur dan klim seperti biasa.
  10. Bila nak goreng guna api sederhana kecil supaya kulitnkaripap tak menggerutu sangat.

9 ulasan:

  1. Bila akak buat homemade macam nie memang buat orang teruja nak makan... telur rebus tu yang sedap

    BalasPadam
  2. guna botol tu yang retro....hihi

    BalasPadam
  3. sangat sangat rajin kak ini nih orangnya

    BalasPadam
  4. Terkenang-kenang karipap Ikea. :-)

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...k.ina..kreatif tul tang guna botol sbgai penggelek tu...nampak sedap karipap ni k.ina...kena pulak dapt mkn ketika masih pnskan...yumyum...

    BalasPadam
  6. kak ina, sedapnya. teruja kembali rasanya hendak buat karipap. terima kak dengan pengkongsian tu.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...