OOO

Khamis, Januari 23, 2014

Resepi Masak Lemak Cili Padi Ikan Baung Sungai

Assalammualaikum

Ikan sungai masih banyak lagi di sini, harganya pun taklah mahai macam kat sana.
Oleh sebab suami akak ni sukakan masakan ikan sungai, akak selalulah beli..kenalah layan sebab dia dah penat cari rezeki untuk kami sekeluarga.

Bila tenguk suami makan dengan sepenuh hati dan habis di kerjakan masakan camni..akak rasa senang hati nak buat lain kali.
Bahan-bahannya
  • 4 ekor ikan baung-potong 2
  • 4 cawan santan cair
  •  2 cawan santan pekat
  • 15 biji cili api kampung (ikut juga kepedasan yang di ingini)*
  • 2 batang serai ( diketuk)
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 inci halia*
  • 2 kpg asam keping
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan, perap dengan jus asam limau dan sedikit garam dalam 10 - 15 minit.  Kemudian cuci semula dan toskan.
  2. Tumbuk atau kisar bahan bertanda* bersama sedikit serbuk kunyit serta garam   dan ketuk hujung serai.
  3. Masukkan  semua bahan yang telah di tumbuk kedalam periuk.
  4. Masukkan juga santan cair dan kacau dengan api perlahan sehingga mendidih.
  5. Bila mendidih masukkan ikan bersama asam keping dan santan pekat.
  6. Masukkan garam dan biarkan sebentar baru padam api.

7 ulasan:

  1. sedapnya ikan baung masak lemak.......terasa2 di bibir dah ni...family SA pun suka ikan sungai...

    BalasPadam
  2. Sedapnya Kak Ina...Aina pon suka ikan sungai. Fresh.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum k.ina sedapnya...terliur saya..

    BalasPadam
  4. Kak ina..sedapnya, tak cukup sepinggan nasi ni Kak ina.

    BalasPadam
  5. Ikan baung nie pernah makan sekali je ... tapi masak asam pedas... susah nak cari kedai jual ikan ni

    BalasPadam
  6. Nampaknya Sedap
    Terima kasih atasa recipenya :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...