OOO

Isnin, Mac 10, 2014

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Bandar Seri Begawan Brunei

Assalammualaikum

Alhamdulliah kami semua berpeluang solat di 
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin yang dinamakan sempena Sultan Brunei ke-28 Sultan Omar 'Ali Saifuddien III masa kami pegi ke Brunei.

Masa lepas solat asar ada sepasang pengantin sedang bersedia untuk di nikahkan...terasa rugi tak ambil gambar dengan pengantin perempuan yang sedang menunggu di tempat solat orang perempuan.




Masjid ini menjadi simbol umat Islam di negara Brunei. Bangunan masjid ini siap dibina pada tahun 1958 dan menjadi salah satu contoh senibina moden Islam

Sayang tak boleh ambil gambar dalam masjid ni ..kalau idak lagi best kan.  Tapi ada gak yang curi curi ambik..akak tak berani nak tanggung risiko.


Masjid ini  dibina dalam sebuah lagun buatan di tepi Sungai Brunei. dan  memiliki menara dibuat daripada marmar dan kubah utama bersalut emas. 

Yang berpakaian cantik tu nak pergi ke majlis pernikahan yang di adakan selepas solat asar.

Masjid ini  dikelilingi taman, pokok-pokok dan pancutan air. Satu daripada unsur tempatan ialah kegunaan bentuk "kalat" (tali tebal) 
pada tiang luar masjid. 


Sebuah barj buatan dibina di dalam lagun pada tahun 1967 bagi meraikan hari ulang tahun ke-1400Nuzul Quran. Barj ini merupakan replika barj mahligai Sultan Bolkiah dan digunakan bagi pementasanTilawah Al-Quran.

Sumber : wikipedia.
Syukur alhamdulliah ..tertunai hasrat di hati

3 ulasan:

  1. menarik,saya belum pernah sampai ke Brunei lagi...

    BalasPadam
  2. Beberapa kali masuk Brunei dari Miri. Masa tak sempat berjalan-jalan sebab atau urusan kerja di Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital(RIPAS)

    BalasPadam
  3. cantek sangat masjid nya kak ina .
    saya belum berpeluang pijak kaki ke Brunei

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...