OOO

Khamis, April 10, 2014

Williams Corner Taman Megah Petaling Jaya

As'salammualaikum semua

Bila balik masa cuti sekolah bulan lepas, anak akak nak belanja kami makan...wah apalagi orang nak belanja kita ikut ajer mana dia nak bawa.

Agak jauh gak tempat makan yang namanya Williams Corner ni dari umah kat Gombak, ingatkan dia nak bawa makan makan kat restoren cantik rupanya tempat makan ni stail cam kedai mamak, tak ada air cond tau.  Nasib baiklah tak bergaya sakan pakai baju branded dan kasut ngok ngek (tumit tinggi) :)

Sampai kat sini blur nak order apa, sebab tak ada menu tau..kalau nak tau nak makan tanya ajer kat mamat yang ambik order tak guna pen dan kertas. Semua dia hafal dalam otakajer...rupanya kat sini ada macam macam..dari nasi goreng, mee dan juga western foods.

Jauh jauh datang takkan nak makan mee mamak goreng, lagipun orang nak belanja kami pau ajer makanan western.  Maaflah yer gambar kurang cantik sebab guna hp chap ayam jer..lupa bawa kamera lagipun semua tak sabar nak mamam

Oleh kerana, anak akak dah biasa makan dengan geng kat sini, kami suruh dia cadangkan apa yang best kat sini.

Mula-mula yang sampai Mix Ribs...harga kalau tak silap  RM80.00 tapi boleh makan untuk 3-4 orang, kalau pertu kecik boleh makan untuk 5 orang..
spagheti seafood/seafood pasta, puas hati sebab seafoodnya fresh dan portionnya banyak..
boleh makan 2-3 orang..
chicken chop ada cheese (lupalak nama) mashed potato tu kurang sikit
baked pasta dengan meatball...imran 
makan tak habis..kami pau sikit sikit

Kebetulan malam tu ada menu istimewa ribbs panggang..tak taulah harganya, tapi agak lama sampai sebab dorang baru bakar bila ada permintaan..suami akak suka bebeno dapat gak makan apa yang dia hajati..harga tak taulah

Jangan tamak, order sepinggan sorang, kalau perut kecik memang tak kan habis, membazir..kalau kuat makan pun selalunya tak habis.  Baiklah share ajer daripada membazir tapi tenguk jenis makananlah. Tanyalah mamat ambik order tu makanan yang nak order tu makan untuk berapa orang.

Makan untuk 8 orang termasuk minuman RM300.00 lebih, kira oklah kannn, kalau orang yang bergaya dan nak tip top baik makan kat hotel ataupun restoran western food.  

Kat sini lebih ke gaya lepak lepak, gelak gelak, makan-makan..orang memang ramai.  Tapi yang geram sebab bila nak order air untuk ke 2 kali tapi sampai-sampai..lain kali kena order sekali gus baru senang.


  • 3-1, Ground Floor Plaza Mayang , 
  • Jalan SS26/4, Taman Mayang Jaya
  • 47300 Petaling Jaya, Malaysia
  • waktu perniagaan : 6.00pm – 3.00am 
  • No tel : 018-351 7921
GPS Coordinates: N3.11637,E101.60490

12 ulasan:

  1. salam.
    wahhhh memang nampak sedap.. pantang jumpa tempat makan best2 ni nak terjah saje....

    BalasPadam
  2. kami jarang makan kat luar kecuali jika sambut bday atau seangkatannya.Sedap nampak Imran makan.Terliur :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak ..sampai pun jarang makan kat luar, anak nak belanja mak ayah sebab jarang jumpa

      Padam
  3. Salam kak, kami pun dulu selalu datang makan jgak kt sini, menu dia unik dan lain dari yang lain lg pn dekat ngan tempat kerja dan tempat tinggal....namun lepas satu hari kami datang awal (masih siang) masuk kawsan kedai, masya Allah kotor sangat, lepas drpd tu kami tak pergi tempat ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yer ker nasa..akak sampai waktu malam ..tak nampaklah pulak

      Padam
  4. There is a sign "' NO PORKS"' - that this mean that the chicken are halal and other ingredients used are halal too. Please ask around before your next trip to this outlet or anywhere with the sign. TQ. Just concern.

    BalasPadam
  5. correction: " that this mean'' - should be ''NO PORKS'' tidak bermakna ayam-ayam dan bahan-bahan lain yang digunakan adalah halal. Maaf kalau tersinggung. Anak saya pernah sekali makan kat sana (ikut kawan2).

    BalasPadam
    Balasan
    1. setau akak owner ni cina muslim..dah kawin dengan orang melayu.

      Padam
  6. Kalau jenis selera makan besar sesuai laaa nak rasa makan kat sini.... portion yang sangat puas hati dengan harga - suka air SODA HERBS yang popular di kalangan regular customer kat sini

    BalasPadam
  7. Nampak cam sedap je. tapi harganya boleh tahan juga ye.

    BalasPadam
  8. Wah macam-macam menu. Lepaskan kerinduan yer kak. :-)

    BalasPadam
  9. uish, sedapnye rib panggang tu..meleleh air liur dibuatnye..:)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...