As'salammualaikum
Puding kastad ataupun orang panggil kastad jagung ni enak di makan sejuk.
Senang ajer nak buat..cuma
kacau..kacau..kacau..pastu tuang..akak ambil resepi dari blog CT Delima
Bahan-bahan
1 cawan tepung kastad
1/2 cawan jagung manis (dalam tin)
3/4 cawan gula pasir
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Cara-cara
Campurkan semua bahan dalam periuk, kacau sebentar sehingga mesra.
Masak dengan api yang perlahan dan kacau terus menerus sehingga adunan pekat dan berkilat.
Masukkan ke dalam bekas yang di sukai..akak masukkan dalam bekas ramekin.
Kalau nak buat Puding Kastad Jagung Berkoktail cuma potong kecil kastad ..kalau nak lagi senang boleh tenguk kat Resepi Puding Kastad Buah Sedap
Sedap ni Kak Ina..mkn sejuk2 :)
BalasPadamrajinnya k. Ina mncuba pelbagai resepi
BalasPadam