OOO

Khamis, Mei 15, 2014

Resepi Nasi Goreng Cornbeef

Assalammualaikum
Anak memang peminat nasi goreng, kat sini banyak jual cornbeef halal, akak pernah makan kat restoran Akasia.  Teringin nak cuba buat kat umah.

Bahan-bahannya

  • 2 mangkuk nasi sejuk
  • 1 tin kecil cornbeef
  • 3 batang kacang panjang-potong kecil
  • 10-15 biji cili api - ikut nak pedas mana
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang merah-potong dadu
  • 5 ulas bawang putih-tumbuk
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap cair
  • sedikit serbuk lada putih
  • 1 biji telur
  • garam dan minyak secukupnya

Cara-caranya

  1. Tumbuk bawang putih dan cili api, kemudian tumis bawang besar bersama bahan tumbuk. 
  2. Masukkan  corn beef, kacau lagi, kemudian baru cili kisar dan tumis sehingga wangi baru di masukkan potongan kacang panggang.
  3. Masukkan sos tiram, kicap cair, serbuk lada sulah dan sedikit garam.  Gaul rata baru di masukkan telur di tengah nasi.  Hancurkan telur dan gaul lagi sehingga nasi goreng keluar wap.
  4. Rasa dulu sebelum di hidangkan..akak buh kepak ayam goreng dan hirisan timun.


16 ulasan:

  1. ingatkan jagung campur daging.. hehe, sedapnyaa

    BalasPadam
  2. dah lama tak akan cornbeef. selalu makan ngan roti. Ni nak try lah buat nasi goreng. nampak sedap.

    BalasPadam
  3. kak, maaf tanya, akak dh menetap kat sarawak ke sekarang ni??

    BalasPadam
  4. ooo makan camtu ajer ker sawanila...tak yah masak ek

    BalasPadam
  5. paling best sebenarnya bila masak kat rumah, and anak serta suami makan berselea, nikmat tuh heheh

    BalasPadam
  6. wah....sedapnya....nanti nak test

    BalasPadam
  7. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Ina....

    Alhamdulillah, dapat juga masuk ke blog akak. Terima kasih sudah berkunjung ke blog saya. Tak sangka rupanya akak tinggal di Sarawak. Akak tinggal di Bahagian mana ? Dah boleh cakap Sarawak ya, kak ?

    Nampak sedap juga nasi goreng cornbeef ni. Sayangnya di Sarikei, tidak dijual cornbeef halal. Susah nak cari. Yang ada dari China dan tidak halal. Terima kasih kak, nanti dicuba dengan daging cincang Ayamas. Anak saya sangat suka makan nasi goreng.

    Salam kenal dan harap silaturahim ini sentiasa ada di masa akan datang.

    SITI FATIMAH AHMAD
    Sarikei, Sarawak. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mualaikumsalam siti fatimah
      Akak baru saja pindah ke sarawak, tak pandai lagi cakap sarawak. Nanti ke miri boleh cari cornbeef hala yer siti

      Padam
  8. cornbeef halal di mydin kl de jual...hr tu org d halfest bagitau

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...