OOO

Jumaat, Jun 20, 2014

Resepi Ayam Panggang Cajun

Assalammualaikum semua

Pernah tak tenguk rempah cajun ni?  Kalau nak tau, rempah ni ada di rak pasaraya terkemuka.

Buat ayam panggang cajun ni lebih sedap makan dengan mashed potato dan coleslaw tapi akak buat makan dengan nasi ayam..selera orang melayu..nak nasi gak.

Bahan-bahan
1 ekor ayam saiz sedang ~ dipotong potong 12
3 sudu besar mentega

Bahan Perap Ayam
3 ~ 4 sudu besar bawang merah + bawang putih + halia kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar rempah cajun
2 sudu besar madu
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil mixed herbs


Cara2 menyediakan 
1. Basuh ayam bersih dan toskan.
2. Masukkan semua bahan di atas dan perap kecuali mentega sekurang-kurangnya 1 jam..kalau nak sedap semalaman.
3.  Panaskan oven 200C dan lenser dulang pembakar dengan minyak sayur/oliver oil  dan masukkan ayam yang telah di perap tadi.  Letakkan mentega di celah celah ayam.
bakar dalam oven selama 1 jam (ikut oven masing2 yer).
3. Semasa membakar ayam tadi.. sekali sekala hendaklah dibalik2kan ayam supaya garing sekata.   
4. Boleh di hidangkan dengan nasi ataupun makan camtu sajer.

2 ulasan:

  1. Salam, nampak sedap je, blh buat resepi tu berbuka ni..

    BalasPadam
  2. cam sedap jer...segera nak masukkan dalam senarai menuggu menu berbuka Ramadhan nanti...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...