OOO

Khamis, Julai 24, 2014

Resepi Pengat Keladi dan Keledek

Assalammualaikum semua

Kalau buat pengat ni atau pun pengat pisang tanduk/nangka memang anak-anak tak doyan nak makan.  Kami berdua jer yang menghabiskannya.

Bahan-bahan
  • 1 biji keladi dan 1 biji keledek (sederhana besar) kupas kulit, bersihkan dan potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping gula kabung (yang bentuk bulat)
  • 1/4 cawan gula pasir-sape nak manis bolehlah tambah lagi
  • 2 helai daun pandan-di carik-carik dan di simpul
  • sedikit sagu mata ikan - rendam
  • secubit garam halus


Cara-cara
  1. Rebus keledek serta keladi dan masukkan sedikit garam dan biarkan ubi empuk baru di toskan.
  2. Masukkan santan pekat bersama-sama air dan kacau sehingga ia mendidih.
  3. Masukkan gula kabung, daun pandan dan gula halus dan kacau sehingga gula larut dan sebati.
  4. Biarkan mendidih dan masukkan pula sagu mata ikan selama 10 minit dan  secubit garam.
  5. Bolehlah di tutup api jika dah rasanya dah cukup dan sagu mata ikan dah kembang dan dihidangkan.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...