OOO

Jumaat, Ogos 22, 2014

Anugerah Terindah-Syukur Alhamdulliah :)

Assalammualaikum semua

Hari ini tanggal 22hb. Ogos 2014, seluruh Malaysia bersedih kerana kepulangan 20 jenazah untuk di semadikan di tanahair tercinta.  Al fatihah, semuga roh mereka di tempatkan bersama sama orang orang yang beriman.

Saat menggembirakan bila menantu pertama telah selamat melahirkan anak perempuan pada 20hb. Ogos 2014 (Rabu). Biasalah kan..orang tua yang terlebih gembira dan teruja.
Debaran dan perasaan teruja bermula dari saat menantu mengandungkan permata hati sehinggalah saat melahirkan penuh dengan pelbagai cerita.

2 minggu lepas terpaksa di rujuk ke doktor pakar di hospital kerana masalah air ketuban yang sedikit. Setelah di beri injection selama 2 hari berturut-turut untuk mematangkan paru-paru baby, doktor suruh tunggu minggu depan nak tenguk camner perkembangan baby.

Bila pergi lagi minggu ini dan doktor check, berat baby statik sahaja dan air ketuban masih sedikit.   Akhirnya menantu terpaksa di tahan di wad dan induced esoknya kerana nak keluarkan baby secepat mungkin takut baby lemas dan untuk keselamatan baby.

Tapi sayangnya baby terpaksa di keluarkan melalui pembedahan pada petangnya.  Ngeri akak bila tau kena camni sebab akak tak ada pengalaman bersalin secara pembedahan.  Tapi tak perlah menjadi seorang ibu perlukan pengorbanan kan..demi untuk anak tersayang.   
Syukur alhamdulliah, akhirnya dapat juga melihat wajah cucu tersayang, walaupun cuma gambar dan video kerana tak berkesempatan untuk pulang ke Kuala Lumpur disebabkan Imran bersekolah di sini.

Doakan agar cucu pertama akan menjadi seorang muslimat yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

p/s Terima kasih buat semua rakan fb yang sudi memberi ucapan di fb.

13 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina, alhamdullilah. dah rasmi jadi nenek ye. bestnya ada cucu ~~~

    BalasPadam
  2. assalamualaikum kakina...tahniah2 dgn kelahiran cucu pertama ini...:)

    BalasPadam
  3. tahniah kakina dah jadi granny...

    BalasPadam
  4. Tahniah kak Ina....tumpang gembira dengan kehadiran cucu sulung akak...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...syukur...dah jadi nenek dah akak/..

    BalasPadam
  6. salam...
    tahniah kak..
    moga cucu sihat sokmo

    اللهم فقهها في الدين
    وعلمها التأويل

    BalasPadam
  7. tahniah kak ina sbb dah jadi nenek.

    BalasPadam
  8. wahh..

    cucu sulung nampaknya nih.

    BalasPadam
  9. tahniah nenek ranggi... mesti k ina happy kan..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...