OOO

Khamis, Ogos 07, 2014

Resepi Beriani Kambing Dan Nasi Beriani

Assalammualaikum semua
Kalau buat beriani kambing dan nasi akak jarang buat acar timun campur nanas tu.  Tak lakulah kat umah akak ni, mereka lebih suka makan dengan papadum.

Untuk resepi nasi beriani akak ambil kat sini tapi akak tak ikut step letak lauk dalam nasi sebab takut cepat basi.

Resepi ni akak ambik dari rumah Mat Gebu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 1 kg daging ]-daging kambing
  • 4 s/b rempah beriani ] bancuh dgn sedikit air
  • 1 cawan yogurt
  • 3 s/b tomato puree
  • 3 biji kentang potong kecil]
  • 2 biji tomato buah [belah 4]
  • 3 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 2 labu bawang besar [belah 4]
  • 1 pkok daun ketumbar [potong kasar]
  • garam
  • akak tambah lobak merah potong besar dan kentang

Bahan tumbuk 
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia


Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun kari
minyak

Cara 
1. Daging dipotong kecil dan basuh. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan bahan tumbuk dan rempah beriani dan daging yg dibancuh dgn air. Kacau rata sehingga naik minyak.
4. Masukkan buah tomato yg telah dimesin dengan air dan juga tomato puree . Biarkan sehingga daging lembut.
5. Masukkan kentang dan yogurt. Masakkan sehingga pekat dan naik minyak.
6. Masukkan buah tomato belah, lobak merah, cili merah dan cili hijau, bawang besar dan juga daun ketumbar. Rasakan garamnya.
7. Bila dah nampak layu boleh tutup api dan hidangkan dengan nasi beriani atau roti.



Bahan untuk nasi
3 cawan beras basmathi-rendam 20-30 minit kemudian toskan.
3 cawan air
1/4 cawan yogurt
1/2 cawan susu segar
4 biji bawang merah-kisar
2 ulas bawang putih-kisar
1/2 inci halia-kisar

Rempah tumis
2 biji bunga lawang
1 kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 biji cengkih
safron atau pewarna kuning (campurkan sedikit air)
gajus goreng dan daun ketumbar untuk hiasan

Cara Masak Nasi
1.  Panaskan minyak dan tumis bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
2.  Masukkan air dan susu dan biarkan mendidih.
Masukkan beras, yogurt dan sedikit garam.
Akak terus masukkan ke dalam periuk nasi elektrik.
3.  Bila nasi dah masak masukkan safron merata rata dan gaul dengan menggunakan chopstick atau garfu agar bercampur warna.

Ikut step ni kalau nak

 (seeloknya tutup periuk dg aluminium foil yg lebar, barulah tutup dg tudung periuk).Bila Nasi dah masak karehkan/kacau sikit2 dg garpu agar bercampur warna. 

14 ulasan:

  1. Mahu terangkat makan nasi beriani kambing. Terbaik toq.

    BalasPadam
  2. adeh...sedapnya...ni yang rasa nak cari jugak..

    BalasPadam
  3. kak ina,
    beras basmatthi tu rendam dulu ek, lama sket boleh tak?
    safron tu nak beli kat ner..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena rendam dulu sebab nanti nasi keras..safron beli kat kedai arab lily

      Padam
  4. Safron tu apa Kak? Yogurt pkai yg mana? and susu Segar yg kotak tu ye? Mohon share. Nak belajar..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli kat kedai arab. Yogurt boleh guna susu cair atau susu kotak.

      Padam
    2. Beli kat kedai arab. Yogurt boleh guna susu cair atau susu kotak.

      Padam
    3. Saya beli yellow saffron kat kedai Mahnaz di Shah Alam...

      Padam
    4. sekarang dah banyak jual dah kat sini kan lili

      Padam
  5. apa fungsi yogurt ya? and apa jenis yogurt yang digunakan?

    BalasPadam
  6. * Jika orang Barat menggunakan yogurt sebagai bahan untuk makanan penutup, orang India memanfaatkan yogurt untuk melunakkan atau mengempukkan daging. Yogurt juga sebagai pemberi rasa asam.

    BalasPadam
  7. Saya dah try resepi nih.... mmg sedap terangkat 😁 Suami kata resepi nih bahaya sebab boleh menyebabkan nasi bertambah-tambah😂 Hari nih nak repeat utk buka puasa rumah ibu 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayah komen nasi sedap... semua tny samada saya beli atau masak sendiri😅 Mmg terbaik resepi ini...

      Padam
    2. syukur alhamdulliah. Buat dengan hati ikhlas dan penuh kasih sayang kan lili

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...