OOO

Isnin, November 03, 2014

Cekodok/Cucur Ikan Bilis Air Mendidih/Panas

Assalammualaikum semua

Bila akak share gambar yang akak panggil cekodok air panas ikan bilis, ada gak yang berminat nak resepi.  Caranya sama cam buat cekodok ikan bilis tapi cuma menggunakan air panas mendidih,



Resepi akak dapat dari fb Zalieda di share oleh Mai Zura dan Aznie Khasri yang di namakan cucur kembung bulat-bulat.

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum*
2 1/2 cawan air panas mendidih
Ikan bilis *-tumbuk kasar
1/2 biji bawang besar-tumbuk kasar*
Sedikit daun sup dan bawang-hiris*
Garam secukup rasa*
Minyak masak secukupnya

Cara-caranya
1.  Gaul semua bahan bertanda*.
2.  Buat lubang di tengah baru di masukkan air mendidih sedikit demi sedikit dan kacau cepat sehingga menjadi doh yang kental menggunakan pemukul telur/senduk kayu . Jangan guna tangan sebab takut nanti melecur tangan.
3.  Bila dah suam barulah boleh di gaul dengan tangan.
3.  Sapu tangan dengan sedikit minyak dan bulat-bulatkan adunan ikut citarasa anda.
4.  Goreng gunakan api sederhana sehingga berwarna kekuningan.
5.  Hidangkan bersama sos cili.


Tips
*Air Panas kena bagi betul betul  panas dan baru mendidih ya, baru tepung tu masak dan bila goreng jadi ranggup di luar dan lembut di dalam. 

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum kak ina..
    hehe mmg terbaik cekodok bila guna air panas.. zaza mmg dh lama guna resepi ni.. zaza ada terdengar petua ni kat radio..bila kawin zaza buat suami suka dia ckp ranggup je cekodok ni.. apapun yg lain selamat mencuba! mmg tip top.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cekodok tidak sesuai buat ranggup tetapi lembut. Kalau goreng seperti goreng pisang perlu buat ranggup dengan dimasukkan kapur.

      Padam
  2. Assalam kak..
    OOOO kena air panas mendidih bru rangup ye kak? Nnti nak cubalah..cuma selalu buat xjd bolat2 tu huhuhu

    BalasPadam
  3. mak saya pun kalau buat cucur guna air mendidih. memang sedap...tapi saya takreti2 nak buat. alhamdulillah, kali nie boleh cuba ikut resepi yg kak ina share nie. terima kasih ya. ^_^

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...