OOO

Jumaat, November 14, 2014

Resepi Fish and Chips

Assalammualaikum

Kalau imran gi kedai jual makanan western memang dia suka order fish and chip ataupun lamb chop. Imran memang suka makanan cam omputih manakala suami akak pulak tekak jawa.  Pening gak nak melayan mereka berdua ni.
Akak dua dua boleh layan, senang kan kalau camtu. Akak gantikan kentang goreng us dan goreng kacang buncis serta lobak guna butter setelah di tabur dengan sedikit garam dan parsley kering.

Resepi fish and chips ni akak ambil dari blog Zack Zachoes
Bahan untuk diperap:
2 ikan dori sederhana besar
serbuk lada hitam
garam
tepung gandum secukupnya

Cara perap:
1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam.
3. Salut tepung gandum secukupnya pada kedua-dua belah ikan (pastikan tepung disalut betul-betul supaya batter/adunan nanti boleh lekat kat ikan nanti). Ketepikan.

Bahan batter/adunan:
1 cawan air
1 biji telur
1/4 sudu teh soda bikarbonat
serbuk kunyit
garam
tepung gandum secukupnya
potong kecik camni pun sedap
Cara:
1. Campur kesemua bahan-bahan adunan hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.
2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
4. Sedia dihidang dengan kentang goreng (ku guna yang segera, malas buat sendiri), coleslaw, lettuce, dan tomato segar.

Jika:
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda atau telur.
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.
*adunan tak lekat pada ikan semasa memasak, ikannya kurang disalut tepung semasa diperap.

6 ulasan:

  1. waaa. nampak sedap nim. lapar lak baca malam2 camni.

    BalasPadam
  2. Belajar banyak mengenai resep makanan di blog ini

    BalasPadam
  3. Pengalaman ke luar negara akan memilih makan Fish & Chip. Memang banyak dapat berbanding di Malaysia. :)

    BalasPadam
  4. Resipi yang mudah pasti kena try ni. Pass resipi kat orang rumah suh try masok. Tq kak

    BalasPadam
  5. memang favourite anak sulung kami. tapi kalau order dia cuma akan makan ikannya n tinggalkan fries. kalau masak sendiri bolehlah nak adjust side dish nya, n hidangkan dengan dori tadi. rsepi pun senang, boleh dicuba nanti. ^_^

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...