OOO

Isnin, November 09, 2015

Resepi Roti Jala Lembut Dan Sedap

Assalammualaikum

Macam gak blogger yang sezaman dengan akak, nak update blog macam dah kurang sikit, terutama dah balik semula ke semenanjung.


Akak taklah biarkan bersawang sampai berbulan, cuba gak update seminggu dua atau tiga sekali. Lagipun akak masak resepi yang biasa ajer..dan banyak kali tepek kat blog orang rasa bosan gak kan.
Cicah dengan kari ayam  pun sedap

Bahan-bahan

1. 3 cawan tepung gandum
2. 2 1/2 cawan santan/susu cair/susu kotak (akak suka pakai susu kotak)
3. 1 biji telur

4. 2 1/2 sudu besar minyak masak/minyak sayur
5. 1 sudu teh garam
6. sedikit pewarna kuning

Cara-cara

1. Kisar semua bahan sehingga sebati.
2. Perap selama 20-30 minit.
3. Gunakan kuali non stick untuk menjala dan masukkan ke dalam bekas acuan roti jala.
3. Gunakan api kecil sahaja dan biarkan beberapa saat.
4. Angkat dan terus di gulung.
5. Bila dah habis menjala bolehlah di makan bersama kari ayam.

p/s kalau pakai santan rasanya lain sikit..resepi yang ni memang tahan lama..tetap lembut bila di makan.

6 ulasan:

  1. Wah memang layan buat minum petang.

    BalasPadam
  2. Salam kak ina
    Ni dini (yg pernah oder rempah sup dengan akak tu hehe)
    Akak dah pindah semenanjung ke? Dni masih lagi kat miri :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam dini
      Akak dah balik ke semenanjung hujung bulan januari.
      Nanti gi aa jejalan satu sarawak

      Padam
  3. Ada juga yang makan cicah serawa durian, yang tu paling win utk pengemar durian.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...