OOO

Isnin, Januari 11, 2016

Makanan Sedap Di Dubai dan Abu Dhabi

Assalammualaikum semua

Bukanlah akak nak menunjuk tau, tapi akak ni kan blogger, semua cerita akan nak share kat blog akak. 


Bukan apa, untuk kenangan akak bila dah tua nanti, bila dah tiada nanti boleh gak anak cucu baca coretan akak nanti.

Akak share ek apa yang akak rasa dan harganya masa ke Abu Dhabi dan Dubai.  

Beriyani ikan satu set campur 2 botol air kecil

termasuklah jeruk dan sayuran mentah 36 dirham
shawarma daging harganya 6 dirham saiz kecil, makan kat restoran dekat rumah suami campur air panas kenalah dalam 22 dirham
Yang ni kami order untuk makan kat rumah untuk dinner, peha kambing dan roti harganya 18 dirham 

Lupa nama tempat kami makan ni..
kat food court Dalma Mall
Kami order nasi dan kebab 40 dirham 
yang ni di panggil Tolma atau stuffed vine leaves, mak aiii mula mula memang masam sangat tapi bila dah lama-lama rasa sedap gak. Harganya 16 dirham
bersama roti..waduh kenyang perut makan berdua..roti ni cuit cuit ajer, nasi tak habis tapi kebab dan tolma habis
Beraini kambing 18 dirham, call dorang hantar kat rumah, nilah makanan pertama yang akak makan bila sampai di rumah suami.
kat restoran lebanese dekat rumah, kami berdua order ayam grill
rasanya memang sedap
roti kembung akak panggil bersama hummus, sedap hummus ni bila makan dengan sayuran mentah kat bawah dan satu lagi di panggil moutabal/bab ghanoush
Agak mahal semua ni 58 dirham termasuk 1 botol air drinking water 
falafel makan panas panas sedap
memang sedap lamb chop ni, moist dan berperisa tak sama macam makan kat lamb chop kat sini
pizza arab atau di panggil grilled halloumi. Rasa rugi kena bayar 12 dirham untuk sebotol air drinking water yang besar, sebab tak habis.  
Oleh sebab restoren ni terletak di tempat tumpuan pelancung harganya memanglah mahal, dekat 100 dirham jugaklah bilnya, tapi kami puas hati sebab makanannya memang sedap.
Masa jalan jalan di Dubai akak paling suka makan kat sini. Hotel kami menginap kat jalan belakang. Harga hotel di Dubai memang agak mahal, kalau nak cari tempat yang ok dan bersih.  

Kami puas cari kat booking.com sebab nak cari tempat yang selamat dan harga berpatutan dan akhirnya kami memilih menginap di Flora Grand Hotel kerana senang nak cari taxi, metro dan banyak tempat makan. 

Alhamdulliah kami puas hati sebab bilik bersih dan makanan pun ok. Kami book dari Abu Dhabi seminggu sebelum pergi ke situ.
nasi beriani yang banyak, untuk makan sorang bagi orang sana, tapi kami share
kegemaran akak makan ayam grill ni..
ayam kecil dan berperisa
Ni makan pada hari kedua, mix grill 37 dirham
macam biasa mesti di sajikan bersama roti, cam salad, humus dan moutabal/bab ghanoush.  

Bila makan kat sana terasa sangat mahal, mungkin sebab semua bahan boleh di katakan dari luar, akak nak beli buah buahan kat sini terutama macam epal, rambutan, strawberi harganya terasalah mahal sangat.




14 ulasan:

  1. semua makanan nampak sedap ina, sepesen ajer macam makan kat makkah dan madinah...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memanglah sama kkida, dah tentu kat arab kan :)

      Padam
  2. Portion nasi tu kalau saya pun leh share 2-3 org lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk orang kurus memang sesuai untuk order satu sahaja.

      Padam
  3. nampak sedap semua makananya yer. roti kembung tu nampak macam roti puri kat sini kan. tak tahu la sama ke tak rasanya yer. paling terliur kat peha kambeng tu la :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sama rasanya eliss mie, tawar tapi bila makan baru keluar oven sedap gak

      Padam
  4. Masa transit di Dubai sebelum ke Lubnan ada member belanja nasi Arab. Memang sedap. :)

    BalasPadam
  5. As Salam Kak..ada blog ghupenya. Kirim salam Abg Lan - Khairul Miri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam khairul, alamak kamu terjumpalah pulak. Insyaallah nanti akak sampaikan yer. Terima kasih sudi jenguk

      Padam
  6. mahal sebab portion besar kut..boleh share 2-3 org mkn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang bagi mereka untuk makan sorang kak yon, untuk kita untuk dua atau tiga orang

      Padam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...