OOO

Jumaat, Jun 10, 2016

Gabra Kena Tahan Kastam Indonesia (Kenangan Lalu)

Assalammualaikum semua

Bila teringat kisah ni, akak nak tulis dalam blog, tapi ashiklah terlupa.

Akak teringat satu pengalaman masa kami tinggal di Jakarta sekitar tahun 2007 tak ingat bila.  "Dah jadi rutin semasa suami kerja kat sana, akak akan tinggal sebulan di Jakarta dan sebulan di Kuala Lumpur disebabkan Ira sekolah rendah dan tinggal rumah mak.

Bila duk sana mestilah teringin nak makan asam pedas buh daun kesum dan bunga kantan tapi bila cari kat pasar memang tak jumpa.

Bila lagi seminggu nak balik ke Jakarta bersama Imran, akak akan beli barang barang keperluan yang tiada di sana seperti kicap kipas udang, ikan bilis, udang kering, belacan, cili kering, keropok, daun kesum dan bunga kantan.

Setiap kali sampai kat airport di Jakarta memang tak pernah kena tahan dek kastam di sana. Tu yang berani banyak tu.


Dah nak jadi cerita, akak pertama kali di tahan oleh kastam di sana, punyalah gabra akak dibuatnya sebab akak bersama Imran yang masih berumur 3 tahun.  Ira dah sekolah semula di Kuala Lumpur, dia tak nak sekolah kat Jakarta, tak best katanya.
Mana nak tengukkan dia, nak soal jawab dengan mereka lagi.

Ibu, sila scan bagasinya.

Pas dah scan dia panggil akak ke tepi.

Ibu sila buka ya bagasinya.

Nasib baik kunci bagasi senang nak cari dalam handbeg.  Kebetulan akak bawa serbuk kari saiz besar dan semuanya di letakkan di atas sebab baju tak banyak akak bawa.  Lagi satu pakaian dalam letak kat atas gak.

Malunya...nasib baiklah tak macam cerita P. Ramlee, koyak rabak >].

Mulalah kastam soal, satu persatu apa benda yang akak bawa..

Wah ibu ada daun..daun apa ini, 
sambil menunjukkan daun kesum yang akak balut dengan surat khabar.  Mungkin mereka ingat akak bawa daun terlarang kot.

Akak terangkan apa kegunaan daun kesum dan bunga kantan..kat sana jarang di panggil masak asam pedas tapi di panggil kuah asam. Mereka memang jarang buh daun kesum dan bunga kantan, kalau rajin gi google tenguk macam mana rupa kuah asam mereka

Pastu tanya pula pasal serbuk kari...

Di Jakarta ngak ada..
Ada bapak....tapi rasanya ngak sama.

Memang serbuk kari kat sana tak sama macam kat sini, lain bebeno.  Pernah kehabisan serbuk kari, bibik suruh ajer guna serbuk kari kat situ, tapi rasanya ngak mantap.

Lepas dah puas hati barulah di suruh tutup beg dan di suruh beredar.  Suami akak hairan kenapa akak lambat keluar.

Bila cerita, dia kata..
Tulah...semua bahan nak bawa dari Malaysia...

Ala...orang lelaki ni kan mana tau ek..kita yang duk kat dapur dan masak.

1 ulasan:

  1. betul kak ..kita mmg nak yang rasa sesuai dengan lidah dan tekak kita malaysia ni kan... hari tu teringat jugak nak gi Jepun bawak daun kesum dan daun kari ..tapi suspen jugak takt kena tahan an buang daun tu ... atau kita yang kena soal siasat nanti

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...