OOO

Isnin, Ogos 22, 2016

Nasi Goreng Cina Sedap Dan Mudah

Assalammualaikum


Kalau nak masak nasi goreng cina ni akak buli suami suruh masak, puji aaa kata dia masak sedap, sekali sekali nak gak merasa hasil masakan suami tersayang.

Bahan-bahan
2 mangkuk nasi
1/2 biji bawang holland (biasa pun boleh)-dadu
4 biji bawang putih-cincang/tumbuk
sedikit sayur campur
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 keping dada ayam-kalau nak tambah pun boleh
2-3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
garam secukupnya
1 biji telur-kacau sedikit
2-3 sudu besar minyak zaitun (minyak lain pun boleh)

Cara-cara
1. Tumis bawang putih dan bawang holland dengan minyak zaitun.
2. Masukkan ayam yang di potong kecil dan tumis sebentar dan masukkan pulak sayur campur.
3. Masukkan sos tiram, kicap cair, garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah dan kacau lagi.
4. Bila dah sebati masukkan nasi dan kacau dengan api yang sederhana besar sehingga garing sedikit barulah di masukkan telur kat tengah kuali dan kacau sebati. 
5. Hiaskan dengan potongan daun sup/daun bawang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...