OOO

Khamis, September 01, 2016

Mee Racun Tulang Batu Pahat


Assalammualaikum semua

Oleh kerana Yana dah bekerja di Batu Pahat, selalulah gak jejalan kat sana sebab suami yang rindukan cucunya.

Pernah terdengar di blog tentang kesedapan mee racun batu pahat ni, katanya kalau lambat pergi memang kehabisan stok lah.

Oleh sebab kami sampai ke Batu Pahat dah petang sebab gerak selepas solat Jumaat, malaslah rasanya nak keluar.
Suruh ajer Firdaus gi beli Mee Racun biasa dan satay kambing.  Bila tenguk kuahnya..mak aiii merah sangatlah mak ngah.

Rasanya sedap gaklah, cuma orang kata kalau makan kat sana lagi sedap terutama kalau makan Mee Racun Tulang  gear box yang di rebus selama 7 jam. 

Pastu sedut sum sum guna straww...mesti kaw kaw dibuatnya.  Pasti akan pergi ke situ satu hari nanti. Inshaallah

Alamat:-
TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel:-
+60 13-355 2978
Landmark  Tabung Haji Batu Pahat.

2 ulasan:

  1. Tak pernah lagi makan mee racun. Thanks kak Ina atas perkongsian ni (^_^)

    BalasPadam
  2. popular mee racun ni, tapi tak pernah ada kesempatan lagi try.

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...