Assalammualaikum semua
3 sudu besar rempah kari daging Babas
2 batang serai ~ di titik
1 ketul gula batu atau gula Melaka
minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
2 cawan santan
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
Apa khabar semua rakan rakan yang akak sayangi. Doa akak agar semuanya dalam keadaan sihat dan di dalam lindungan Allah SWT
Kali ni cuba buat penang curry mee atau di panggil juga hokkien mee. Yang buat masakan ni lain dari mee kari sebab ayam di rebus untuk di ambil stok dan tak menggunakan santan yang banyak.
Kira tak muaklah kalau kita makan kalau tak perah jus limau kasturi. Resepi ni akak ambil dari blog Ita
STOK AYAM
2 keping dada ayam
2 kiub ayam
garam secukup rasa
Rebus dada ayam bersama air, kiub ayam dan garam hingga ayam empuk
Bila ayam dah empuk, keluarkan dan di siat-siat halus. Ketepikan
Air rebusan ( stok ayam ) simpan untuk menyediakan kuah curry mee nanti.
Sementara kita menunggu stok ayam siap kita boleh sediakan sambal atau chili oil yang akan di makan bersama curry mee nanti
CHILI OIL / SAMBAL
15 tangkai lada kering ~ di rendam hingga lembut dan di kisar halus
3 tangkai cili merah ~ kisar halus
2 sudu besar udang kering ~ di rendam hingga lembut kemudian di kisar halus
3 ulas bawang putih ~ kisar halus
1 inc belacan ~ di kisar halus
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Semua bahan di atas kita kisar sekali hingga halus
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
Perasakan dengan garam dan gula
Bila dah masak, angkat dan ketepikan
KUAH MEE
2 liter Stok Ayam / air rebusan ayam
air rebusan kerang / air rebusan udang jika letak udang3 sudu besar rempah kari daging Babas
2 batang serai ~ di titik
1 ketul gula batu atau gula Melaka
minyak untuk menumis
3 tangkai daun kari
2 cawan santan
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
Bahan Kisar
1 sudu besar ketumbar
3 batang serai ~ ambil bahagian yang putih sahaja, hiris dan kisar
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar
Bahan Lain
10 ketul tauhu pong
2 keping fish cake
10 biji fish ball
kerang ~ di rebus
taugeh
Kacang panjang celur-tak letak
mee kuning
mee hoon
Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan serai, daun kari dan bahan kisar, hingga harum dan terbit minyak
Masukkan rempah kari daging yang di bancuh dengan sedikit air
Masak hingga garing
Masukkan stock ayam dan air rebusan kerang atau udang, dan biarkan ia merenih
Masukkan asam keping dan gula batu atau gula Melaka
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Biarkan kuah mendidih
Kemudian masukkan santan sambil di kacau agar tidak pecah santan
Akhir sekali masukkan fish ball, fish cake dan tauhu pong
Masak kuah hingga semua bahan di masak sempurna

Kelainan Penang Curry Mee kerana ia di makan bersama dua jenis mee yang berbeza iaitu mee hoon dan mee kuning. Mee hoon tu kita rendam dahulu hingga lembut kemudian di rebus sebentar. Bila dah lembut angkat dan toskan. Sementara mee kuning kita celur sebentar
Cara menghidangnya pula, letakkan sedikit mee kuning dan sedikit mee hoon ke dalam mangkuk
Tuangkan kuah curry mee kita tadi
Hiaskan dengan hirisan daging ayam, kerang rebus, taugeh dan kacang panjang yang di celur
jangan lupa di makan bersama sambal cili kita yang power!

Nampak macam sedap. Boleh try la lepas ni. Tq for the recipe! =)
BalasPadamgemok gemok nya kerang. sekarang susah nak jumpa kerang besar2 lat pasar.. geram tengok
BalasPadamnak cuba kak... suami suka mee kari tapi isterinya tak pernah tau buat..huhu
BalasPadam