Assalammualaikum
Kami pernah ke The Legend Cherating pada bulan Jun 2008 bersama anak-anak, dulu tempat ni cantik sangat.
Kolam pun besar dah tentu anak-anak yang suka air ni mandi manda sepuas hati. Ceritanya kat SINI
Bila kami masuk ke bilik, mak datuk banyaknya nyamuk sehingga suami terpaksa minta kat housekeeping penyembur nyamuk. Pantang buka sliding door ataupun pintu menderulah nyamuk masuk sebab kami di tempatkan di tingkat bawah dan berhampiran belukar.
Mungkin kami book online last minit dapatlah bilik yang tak berbaloi dengan wang yang di keluarkan.
Nak buat macam mana sebab bila nak tukar bilik, mereka kata bilik penuh kecuali kalau nak yang mahal kenalah bayar lebih.
Tapi bila gi ke pantai, terubat lara di hati, sebab pemandangannya masih cantik macam dulu.
Kami pernah ke The Legend Cherating pada bulan Jun 2008 bersama anak-anak, dulu tempat ni cantik sangat.
Bila kami masuk ke bilik, mak datuk banyaknya nyamuk sehingga suami terpaksa minta kat housekeeping penyembur nyamuk. Pantang buka sliding door ataupun pintu menderulah nyamuk masuk sebab kami di tempatkan di tingkat bawah dan berhampiran belukar.
Mungkin kami book online last minit dapatlah bilik yang tak berbaloi dengan wang yang di keluarkan.
Nak buat macam mana sebab bila nak tukar bilik, mereka kata bilik penuh kecuali kalau nak yang mahal kenalah bayar lebih.
Tapi bila gi ke pantai, terubat lara di hati, sebab pemandangannya masih cantik macam dulu.
berehat sambil ambik gambar
tenang rasanya hati bila dapat
menghirup angin sepoi sepoi
melihat telatah pengunjung bermain ombak
melakukan pelbagai aktiviti di tepi pantai
ombak tak berapa kuat, tak bahayalah
nak mandi manda
di tepi kolam pun ramai
dah tak berapa lawa macam dulu
saat untuk kembali ke bilik, tak dapat ambil matahari terbenam
kerana cuaca mendung
Pas balik makan malam, kami duk dating kat restoran sambil pot pet
Resort ni memang perlukan pembaikan terutama di dalam bilik, dahlah tv lama, perabut pun lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan