OOO

Selasa, Oktober 11, 2016

Resepi Pau Cendawan Viral Laku Keras

Assalammualaikum semua

Pernah dengar kan nama Pau Cendawan Viral di media sosial, akak pernah nampak kat luar pintu pagar Giant Nilai jual, tapi hati tak pernah nak rasa.
batang tak buat tau
Bila suami kata, mak aiii harga Pau ni mahal bebeno, ada yang jual 3 ketul RM10, ada gak yang jual RM10 untuk 4 ketul.

Bila search kat google ada dah resepi ni, akak buatlah bila anak menantu nak datang ke rumah, sebab kalau makan untuk 3 orang tak berbaloi buat sebab ambil masa gak nak tunggu pau kembang dan kukus.

Ada dua tiga versi buat filling pau ni, akak ubah suai cara akak sikit.
Bahan Inti
1 bji bawang besar-potong dadu
3 biji bawang potong- potong dadu
1/2 tin cream of mushroom - tin kecil
2 ketul Isi ayam potong kecil
2 sudu butter untuk tumis
sedikit minyak zaitun
2 cubit lada hitam yg serbuk
3 keping keju cheesedale
8 biji cendawan shitake kering-rendam dengan air panas-hiris dan potong kecil
sedikit garam 
sedikit tepung gandum

Cara-Cara 

1. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai layu dengan menggunakan minyak zaitun dan mentega.
2.  Masukkan cendawan shitake, kacau barulah di masukkan ayam.
3.  Bila ayam masak masukkan sup cendawan sehingga pekat.
4. Taburkan lada hitam dan sedikit garam, barulah masukkan kepingan keju cheesedale dan kacau rata sehingga sebati.
5.  Masukkan sedikit tepung gandum, kacau dan bolehlah di angkat dan sejukkan.

Akak ada share di instagram cara memasak inti ni, boleh cari kakinakl

Untuk bancuhan coklat
1 sudu serbuk coklat
1 sudu tepung beras
berus masakan

Tambah sedikit air untuk bancuh, bancuh macam korang bancuh water colour tu. 
Tak pekat sangat  dan tak cair sangat.

p/s ikut resepi asal guna 2 sudu, tapi bila buat dua adunan masih banyak lagi bancuhan coklat ni. Membazirlah pulak.


Untuk Doh
300 gram tepung pau
Sedikit garam..(gaulkan 2 bahan ni)
Setengah paket yis mauripan
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu 
1 sudu besar shortening

Campurkan 2 sudu besar susu pekat, 2 sudu besar gula kacau dalam setengah gelas air suam. 
Masukkan serbuk yis dan tunggu 15 minit atau sampai yis kembang naik buih. 
Bila yis dah kembang, masukkan  ke dalam tepung, uli sekejap kemudian tambah shortening. 
Uli tepung sampai lembut, lepas tu rehatkan.  
Tutup dengan kain lembab sehingga doh kembang dalam masa 20 minit.
Bila doh dah, kembang tumbuk tumbuk sikit doh dan uli lagi sekejap. 
Bila doh dah lembut bahagikan doh kepada 10 bahagian.
Ambik sikit doh simpan untuk buat batang cendawan.
isikan doh dengan inti dan tutup doh.  Letak kertas/daun pisang dibawahnya.
Sapukan bahagian atas dengan coklat cair tadi dengan  menggunakan berus. 

Tunggu 40 minit baru kukus.
Kukus dengn api besar selama 10minit dan penutup kukus tu balut dgn kain.
Kukus batang pau yg telah digentel sekali. 
Bila dah masak buat lubang belakang pau, selepas itu celupkan batang pau dengan coklat cair tadi, baru masukkan batang cendawan dalam lubang bahagian bawah pau tu. 
Kemudian kukus lagi 5 minit dan siap untuk di makan.

Kalau nak lebih rasa cheese masukkan kepingan cheesedale..lagi sedap rasanya.

p/s Bukan semua sukakan pau ni, cuma penggemar cendawan gemar sesangat cam akak dan Imran.


2 ulasan:

  1. Ada beli sekali ni Kak Ina..
    Memang sedap..
    Nanti nak cuba lah resepi Kak Ina ni..
    Tq sharing..

    BalasPadam
  2. Nak cuba....teguk resepi rasa yakin doh sedap

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...