OOO

Jumaat, Februari 10, 2017

Bentuk Rumah Tradisi Melaka Yang Telah Tiada

Assalamualaikum semua😌
😢Bila tenguk balik gambar rumah arwak atok dan uwan di Melaka, rasa sayu pulak kerana banyak kenangan.  Nasib baiklah akak sempat ambik gambar ni masa tahun 2009.

Terutama semasa kami tiga beradik kecil boleh di katakan setiap cuti sekolah kami akan di hantar pulang ke kampung di sebabkan mak👩 dan abah👨bekerja.

Kalau malam, bila time kenduri terutama kenduri kawin kat ruang depan nilah port kami dengan mak dan abah.  Kalau tak kami lepak kat ruang tengah, sebab tidur dalam kelambu.


Kat bumbung tinggi tu, ada loteng, ada tangga kat ruang tengah untuk naik ke atas😀

Kalau malam tak berani aaa takut jumpa hantu👻
Tempat kami lepak beramai-ramai sambil main kat halaman rumah atok.👴 Tak pun kami ikut mak dan pak saudara gi merayau sekeliling kampung. Pergi main sungailah, rumah member merekalah.🙌

Kadang ikut atok dan uwan👵 gi ke sawah padi, bila ada lintah kat kaki, terjerit-jerit lari kat uwan atau mak saudara suruh buang lintah. Eee geli aaa😖

Tangkap anak ikan keli pastu bawa balik rumah konon nak bela, tapi kojol😔 
Suka main nyorok nyorok kat atas loteng, bawah kolong dan sekeliling rumah atok. Bahagian dapur yang telah di ubai suai, dulu ada tangga, ada tempat lepak kat situ.  

Dah di ubaisuai sepenuhnya, kerana anai anai dah makan papan, kos nak baik pulih mahal sangat. Akhirnya jadi rumah batu, dan telah berubah 100 peratus.

Kenangan lama mengamit memori yang tak berulang kembali.😢

Nanti kalau rajin akak cerita lagi yer

1 ulasan:

  1. Rumah tok saya kat kampung pun dah mula dimakan anai-anai huhu.. Yang baru takkan sama dgn yang lama. Mmg cantik rumah asal arwah tok akak tu :)

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...