OOO

Khamis, November 09, 2017

RESEPI NASI GORENG KERABU SEDAP

Assalammualaikum semua😊

Akak ni memang suka sangat makan nasi yang ada daun daun macam daun pegaga, daun kesum, daun selom dan bunga kantan.😍 Ambil resepi dari Encik Mat  tu, tapi akak  ubai suai sikit.

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan nasi sejuk, dileraikan
1 camca besar pes tomyam (sebarang jenama)
1 camca besar cili kisar
1 keping dada ayam, hiris memanjang
1 biji bawang besar, potong dadu
4 ulas bawang putih-ketuk
3 cili api - ketuk sikit
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai, ambil bahagian putih dan hiris halus
1 batang daun kesum-hiris halus
2 biji telur, pukul sedikit
3 sudu teh kicap manis-akak tambah
sedikit serbuk lada sulah 
garam jika perlu
Hirisan timun untuk hiasan
Hirisan daun kunyit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)😍

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga layu, masukkan sambal tumis , cili ketuk dan pes tomyam, kacau rata. Tambah daging ayam gaul rata. Tolak ke tepi kuali, masukkan telur, biar mengeras sikit, dan kacau. Gaul rata.
  2. Masukkan nasi dan gaul, tambah sos ikan secukup rasa dan tambah hirisan bunga kantan, daun kesum dan kacau hingga rata. Masak sekejap dengan api besar. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun kunyit. Hidangkan panas..




4 ulasan:

  1. Mesti wangi nasi goreng kerabu ni Kak Ina sebab banyak ulam..
    Best!

    BalasPadam
  2. lamanyaaaa tak makan nsi goreng kerabu,teringat dok pasir mas kawan buat n jual sedapnyaaaa

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...