OOO

Rabu, Disember 20, 2017

NOSTALGIA SEKOLAH RENDAH JALAN KUANTAN KUALA LUMPUR

Assalamualaikum

Bila jumpa fb sekolah rendah akak, seronok pulak bila ada junior yang share gambar sekolah kami.

Masa junior ambik gambar ni, akak dah masuk sekolah menengah yang berhampiran iaitu Sekolah Menengah Putri Titiwangsa.


Kat bawah pokok sena nilah tempat akak  bermain kejar-kejar dengan geng sekolah, oleh sebab kami  datang awal banyaklah masa kami untuk bermain. Bila naik bas sekolah memang uncle ambik cepat, dah tentu sampai sekolah awal.

Pernah gak jual nasi lemak dan ais krim malaysia secara sorok-sorok kat member.  Dapatlah duit upah dari mak, pastu masuk dalam tabung buluh.

Kat pokok besar ni juga, kami selalu  main sorok-sorok. Kat sebelah kanan ada kantin sekolah, masa tu yang menjual orang Cina.  Kat tepi ada jalan bertutup, bila hujan guna jalan tu.  Kat situ pulak jadi tempat main galah panjang.

gambar1J - 1974
 ni gambar kelas lain, masa ni akak darjah 4. Kat belakang ada perpustakaan.  Kami paling suka pinjam buku Hardy Boys & Nancy Drew Enid blyton, citer mystery. dan paling best buku pengembiraan Sinbad, yang ada beberapa siri dalam bahasa malaysia.

kredit pic : Norazman Saiffuddin

1J - 1975
Akak darjah 5, yang punya gambar baru darjah 1. Kat sini padang perhimpunan, pernah belajar kat bilik atas dan bilik bawah.

Kat belakang sekolah ni, ada pokok beringin yang banyak berjuntai, masa tu tak takut pun, suka main nyorok nyorok dengan rakan rakan.

Cuma ingat nama Mr Wong-guru Bahasa Inggeris tak silap

Untuk kenangan bila ingatan makin pudar

3 ulasan:

  1. tiba-tiba ter rindu sekolah pulak hahaha...

    BalasPadam
  2. seronok kan bila mengimbau zaman persekolahan ni...ehh rasa macam nak mencari gambar sekolah pulak dah..hihihi

    BalasPadam
  3. Memori yang menggamit kisah suka duka dibangku persekolahan...

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...