Soalan : BETUL KE EPAL DISALUT DENGAN LILIN?
Jawapan : TIDAK. Epal disalut dengan wax semula jadi, bukan lilin biasa..
Wax adalah suatu bahan semula jadi yang meliputi permukaan buah epal. Ia dihasilkan oleh pokok epal itu sendiri. Jika anda pernah memetik buah epal di kebun, anda akan perasan yang buah-buah epal diliputi oleh satu permukaan wax yang nipis. Lapisan wax semula jadi ini melindungi epal daripada kesan panas terik dan juga air yang berlebihan. Hasilnya, buah epal tidak mudah kering atau lembik apabila dipetik dari kebun. Ini bermakna, buah epal memang disalut dengan wax sejak azali lagi.
Jika anda makan buah epal yang mengandungi wax tersebut sekalipun, tiada apapun yang bahaya : wax tidak boleh dihadam oleh sistem percernaan manusia dan akan terus bergerak menuju usus besar di mana ia akan dibuang secara semula jadi.
Apabila para pembekal epal memetik epal, buah-buah epal ini akan dibersihkan terlebih dahulu untuk membuang habuknya.
Kebiasaannya, lapisan wax semula jadi pada buah epal ini akan hilang kerana proses pembersihan tersebut.
Oleh itu, para pembekal akan menyalut epal-epal ini semula dengan lapisan wax semula jadi (sumber dari pokok carnauba, candelia ataupun shellax) untuk menggantikan lapisan wax tersebut.
Wax yang diletakkan amatlah sedikit iaitu hanya setitik bagi sebiji epal. Satu paun (kira-kira setengah kilo) wax boleh digunakan untuk menyalut 160,000 biji epal. Wax semula jadi ini amatlah selamat : Ia telah diluluskan oleh FDA Amerika Syarikat sejak berdekad lamanya.
Malah, amalan menyalut epal dengan wax ini telah wujud sejak 1920, iaitu zaman nenek moyang kita dan mereka tetap juga sihat walaupun makan epal ini setiap hari.
Hal ini sama juga seperti beberapa buah-buahan lain seperti anggur.
Ini bermakna, epal TIDAK disalut dengan lilin yang biasa kita guna di rumah, yang juga merupakan sejenis wax. Wax yang digunakan untuk menyalut epal adalah semula jadi dari tumbuh-tumbuhan dan bukan bersasaskan petroleum seperti lilin biasa. Tambahan pula, setiap pembekal epal harus mengisytiharkan jenis wax yang mereka gunakan sebelum ia diluluskan untuk dijual.
Oleh itu, lapisan "lilin" yang kononnya wujud pada permukaan epal seperti yang pernah kita lihat pada video-video di Internet sebenarnya adalah wax yang semula jadi dan selamat.
Usah percaya dengan khabar angin bahawa wax ini membuatkan epal tahan hingga bertahun lamanya. Jika anda pernah beli epal, anda tahu ia akan tahan selama seminggu sahaja sebelum menjadi lembik dan busuk. Wax yang diletakkan amatlah sedikit.
Jika anda mahu membersihkan epal-epal ini sebelum makan, gunakan air sejuk, air suam atau air yang dicampur sedikit cuka makan. Semua jenis makanan harus dicuci terlebih dahulu, bukan hanya untuk epal yang mengandungi wax semula jadi.
Tambahan lagi, khasiat epal lebih banyak terdapat pada kulitnya berbanding isi.
An apple a day keeps the doctor away =)
Sumber :
http://message.snopes.com/showthread.php?t=61693
http://www.thenakedscientists.com/HTML/questions/question/2546/
http://www.bestapples.com/facts/facts_waxing.aspx

owhhh...selama nih ingat wax lilin tu
BalasPadamso boleh makan dengan gembiranya selepas nih :)