OOO

Jumaat, Januari 05, 2018

RESEPI BUBUR LAMBUK SEDAP ALA KAMPUNG BARU

Assalamualaikum semua

Sejak duk jauh ni, macamlah jauh bobonar kan..dah tak dapek laei nak meraso bubur lambuk kat masjid kampung baru tu.
Konolah rajin search kat google nak buek bubur meletup yang katonya sodap sehinggo menjilat jari.

Dulu pernah meraso jalan jalan di bulan Ramadhan tapi dah lamo dah.
Kisahnya SINI

Sekali sekali layan bubur lambuk pun ok gak, senang jer nak buat cuma ambil masa yang agak lama. nak memasaknya. Google jer resepi macam macam ada.  Akak pilih resepi bubur lambuk ala kampung baru.


tenguk video cara nak masak

Akak buat 1/2  ajer dari resepi ini, dan tak guna udang kering. Buh santan pun pada peringkat akhir memasak.

Bahan-Bahan: 2 cawan beras [basuh dan toskan] 1/2 biji kelapa, diambil santan pekat 1/2 kg daging tetel [potong kecil] 2 s/b minyak sapi 3 s/b minyak 2 helai daun pandan [basuh dan dikoyak2kan] garam/gula secukup rasa air secukupnya 1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat] 1 cawan bawang goreng 4 ulas bawang putih [dimayang] 2 biji bawang besar [dimayang] 1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis] Rempah tumis : 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga cengkih 1 kuntum bunga lawang 2 biji buah pelaga 1 sudu kecil halba
akak guna rempah sup
Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus] 1 sudukecil jintah manis (saya pakai jintan putih) 1 sudukecil ketumbar 1 sudukecil lada sulah 1 sudukecil lada hitam Bahan-bahan sampingan [optional] : 2 batang carrot dipotong dadu Sayur campur bahan hiasan [mayang] 3 tangkai daun sup 2 tangkai daun bawang Bawang goreng

Cara-cara memasak: Panaskan minyak dan minyak sapi  Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan & bawang besar Kemudian masukkan udang kering, tumis lagiKemudian masukkan daging.  Tumis sehingga naik minyak. Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk.  Masukkan beras dan tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut. Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu ia pecah Ketika ini boleh masukkan carrot dan sayur campur. Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam/gula secukup rasa

Bila bubur sudah tanak dan elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan.

Kalau tak habis, boleh simpan dalam peti sejuk.

2 ulasan:

  1. Pernah try masa bulan puasa pastu bila suami makan dia kata sedap. Alehaiiii rasa kat atas awan. Hee hee

    BalasPadam
  2. HAISHHH SEDAPNYA TENGOK. SELALU MAKAN BULAN PUASA JEK..HIHIHI

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...