OOO

Rabu, Februari 14, 2018

LARANGAN/SUMPAHAN MAKAN IKAN KEKACANG

Assalamualaikum semua

Tertarik pula dengan topik di Facebook Masak Apa Hari tentang keturunan yang tak boleh makan ikan kekacang di sebabkan sumpahan dan larangan dari nenek moyang mereka.

Akak yang dah berusia ni pun tak tau pasal hal ni, akak share ajerlah kat blog. Pelbagai cerita yang mereka share kebanyakkan mengalami penyakit gatal dan pecah darah akibat makan ikan kekacang ini.



as salam..nak tanya..ada tak member2 kat dalam group ni yang tak boleh makan IKAN KEKACANG atas sebab keturunan ?


1.  Sy ada dgr jgk..keturunan wan y berasl dr Kelantan..nnti naik gatal2 sbb keturunan..ada trbaca y di share dlm fb..itu y sy tau..atok neneknya sntiasa pesan selalu pd cucu2 dpa..ikan kekacang n rebung buluh betung..itu lah makanan y di pantang oleh keluarga y brketurunan wan..wallahualam


2. Ya, keturunan saya x boleh.arwah mak pesan...pernah diceritakan sepupunya pernah termkn dan kulitnya terjadi pecah darah (dgn izin tuhan). kebanyakan org2 yg x boleh mkn asal dari kelantan.saya asal pasir mas....ada sejarahnya, yg rajin boleh gugel cari info.

3. Yer sama .. Tp sy x tau kenapa ..cuma org tua sy melarang mkn ikan ni .. Mmg pnh mkn abih gatal ruam penoh bdn .. Lps tu sy dh x mkn ..

4. Family sy kturunan syed..nenek dah pesan lama jangan makan ikan kekacang....nanti jadi gatal..dan mcm2 lagi sakit kulit


5. Yer...akan jadi naik merah2 pada kulit kalau nak merebak akan jadi pendarahan...ini cerita betul...dulu saya tak percaya tapi bila terkena pada anak2 saya...maka saya kenalah percaya...

6. adik ipr sy kturunan syed n xleh mkn ikn ni

7. Anak2 saya memang tak boleh mkn ikan ni dan rebung buluh betong..sb suami saya keturunan NIK...pernahmereka termakan...naik bedam2 habis seluruh badan, arwah mak mertua pesan suruh berhati & memang dilarang makan...huhuhu


8. Saya pun xleh makan. Atas sebab keturunan kerabat diraja siam. Atuk yg pesan..
saye pun x blh mkn ikan ni... arwah mak cakap kalu mkn ikan kekacang ni kulit akan jdi pecah belah kluar darah... myb dri kturunan jgk kot... entahla.. jadi sye follow je la...

9. Keturunan sy dgn suami pon xleh mkn ikan kekacang ni sbb faktor keturunan dan berdarah raja..rebung buluh betong pon sme


Larangan Makan Rebung Buluh dan Ikan Kekacang

Mungkin kerabat diraja jembal pernah mendengar larangan memakan ikan kekacang dan rebung buluh. Banyak cerita dan kisah didengari mengenai larangan ini namun yang manakah benar akan kepantang yang telah dilarang kepada anak cucu cicitnya.

Kisah Pertama

Kerajaan Jembal ini bermula dari seorang kerabat diraja Kedah bernama Raja bersiong yang telah singgah di Kota Jembal. Raja bersiong ini dikatakan telah membawa dua orang anak angkat yang bernama Raja Sakti dan Puteri Mani Kemian.

Adanya kisah yang mengatakan bahawa Raja Sakti berasal dari buluh betung manakala Puteri Mani Kemian. Terdapat juga menyatakan Raja bersiong telah mewasiatkan anak cucunya supaya tidak memakan rebung buluh betong dan tidak membenarkan membuat apa-apa alatan dari buluh betung.Selain itu juga mereka tidak dibenarkan memakan ikan kekacang. Turut juga keturunan Long Ghaffar dan Long Yunus.

Kisah Kedua

Syed Hussien Jamadil Kubra yang berlayar menaiki bahtera  menuju ke nusantara untuk menyebar syiar islam. Sewaktu dalam perjalanan itu berlaku satu kejadian yang tidak di inginkan,kapal yang di naik oleh Syed Hussien Jamadil Kubra pecah disebab gelora laut dan jatuh ke laut.Lalu Syed Hussein Jamadil Kubra memohon doa pertolongan dari ALLAH. Doanya dimakbulkan ALLAH telah menghantar sekumpulan ikan iaitu ikan kekacang dan dibawakan ke pesisiran pantai.

Selepas kejadian itu Syed Hussien Jamadil Kubra kepenatan dan letih. Beliau berasa lapar lalu melihat ada rebung buluh di sekitar kawasan itu. Selepas itu Syed Hussien Jamadil Kubra telah bersumpah keatas anak cucu cicitnya supaya tidak dibenarkan memakan ikan kekacang dan rebun buluh sebab telah menyelamatkan nyawanya.

Kisah Ke 3
Dikisahkan, sebuah kapal pecah di perairan Kelantan, hanya seorang pemuda keturunan Bugis yang terselamat.  Dia di selamatkan oleh ikan kekacang dan di tolak ke pantai.  Pemuda tersebut pengsan dan di jumpai di Pantai Semarak, Pasir Putih.

Apabila sedar, pemuda tersebut membuat sumpahan, anak cucu dan keturunannya tidak boleh makan ikan kekacang, jika di langgar akan di timpa penyakit gatal. Pemuda tersebut ialah Tok Bakar@Wan Bakar. 

Cerita ini di pesan dari generasi demi generas.  Setakat mana kebenarannya hanya Allah SWT yang lebih mengetahuinya.

Info kat SINI dan kat SINI

Menarik bukan kisah ikan kekacang ini, akak pun tak pernah makan ikan ni, jumpa pun tak lagi kat pasar sebab tak kenal.

jangan dipermainkan hal perkara berkaitan keturunan, kerana masing-masing ada asal usulnya maka kita wajib menghormati kerana mereka sekurang-kurangnya ada jugak coretan sejarah yang dicatatkan sehingga dimasukkan dalam wikepediia dan sebagainya... benar atau salah wallahu'alam

22 ulasan:

  1. Assalamualaikum K.ina. salam kenal. saya singgah dan follow. =D

    www.sishawa.com

    BalasPadam
  2. Saya suka ikan ni. Buat masak taucu. Menarik juga dengar cerita tentang ada yang boleh makan.

    BalasPadam
  3. Sy tertarik dgn kisah yg ke 3.. Sb ayh pd moyang sy antara yg menyumpah xmkn ikan kekacang krn di selamatkan oleh ikan tersebut ms kapal pecah di laut.. kejadian di kel.. Mmg seorg dia shj yg hidup xpst smada dia or org lain yg dimksudkan.. Sb ayh pd moyang sy keturunan celon dtg berhijrah ke kedah,dan dr kedah ke kelantan dgn moyang dan menetap di kg kedai buluh,kuala besar. .moyang mmf kelaut menangkap ikan. Ms tu kg dlm sungai kelantan yg besar skgni.. Keturunan ayh moyang sy xbesar. . Ank ada seorg shj setiap keturunan smp keturunan ke-4 baru berpecah kpd 3org ank. Dulu ritual spt persembahan setiap thn keluarga buat utk dihanyut ke laut slps moyang mniggal.. Skg xlagi. .agama islam dh diterapkan dgn baik. Cuma xmkn ikan kekacang sb xde keperluan dan family pon xteringin.

    BalasPadam
  4. Kluarga saya xblh makan ikan ni.. Sejak dr dulu lagi. Mak saya pernah termkn ,mmg btul kulit jadi gatal2..& satu lagi xblh mkn rebung buluh betung. Pantang larang keturunan Raja Jembal.

    BalasPadam
  5. Siapa nak join grp fb keturunan kerabat diraja boleh la cari dkt fb ya.. Cari KETURUNAN KERABAT DIRAJA

    BalasPadam
  6. Saya pernah hampir dimasukkan ke wad hospital gara2 makan ikan ni..habis seluruh badan sy bengkak2 merah gatal dan bernanah..seksanya menahan sakit tu hanya Allah yg tahu..tp mak ayah n adik bradik ok bila mkn xde effect apa2..cuma sy seorg shj yg kena.mgkin sbb dr awal proses hnya sy seorg yg buat.yg lain cuma mkn yg dh siap masak.sy buat fish ball guna ikan ni masa tu.lepas naik gatal tu baru ayah sy teringat arwah nenek pernah pesan keturunan dia xblh makan ikan ni..bgitu juga sebelah mak sy ade pesanan dr nenek moyang tak boleh mkn ikan ni..sampai sekarang sy dah tak pernah sentuh ikan ni..

    BalasPadam
  7. Saya pernah termakan rebung dan kulit muka saya memburuk hingga gugur daging, mmg buruk hingga tak sanggup lihat cermin. Beribu habis jumpa mcm2 pakar kulit sehingga seorang pakcik di Kuantan tegur yg saya ada terlanggar panjang keturunan. Balik kampung, nenek puas cari ustaz dan bomoh tapi tiada boleh ubat sehingga seorang saudara suggested berubat di Tumpat dgn orang siam kelantan. Di situ dia beritahu saya langgar pantang keturunan tak boleh makan ikan kacang dan rebung. Penyakit itu di namakan kedal. Berbagai pesanan di beri kerana darah keturunan saya, saya angguk walau tak faham dialet kelantan pure. Alhamdulillah, saya sembuh dan saya serik kerana ianya terlalu sakit dan berdarah-darah dan bernanah hingga gugur daging. Sekarang saya pesan pada anak2 saya pula untuk di pesan pada keturunan kami.

    BalasPadam
  8. Bonda saya sudah meninggal, tetapi dulu masa saya remaja dia pernah cerita keturunan bonda tidak boleh makan ikan kacang.. Saya pun tak pernah bertanya, ingatkan hal ini biasa sahaja.. Bonda saya keturunan tengku sebelah ayahnya. Sebelah bonda dari kelantan, saya pernah cuba makan ikan ini, Alhamdulillah tidak jadi apa-apa pula dengan izin Allah.Di tempat saya jarang ada ikan ini, jadi jaranglah saya makan.. Apapun mulakan dengan bismillah dan selawat moga terhindar dari perkara yang buruk. Insyaallah.

    BalasPadam
  9. Arwah nenek sy dulu pnah pesan, jgn mkn ikan kekacang ngn rebung buluh betung..kami keturunan Nik..arwah moyang dulu gugurkan gelaran Nik atas sebab2 tertentu semasa melarikan diri dari Siam ke Tanah Melayu dgn menaiki gajah..kalau suatu ketika dahulu, hanya golongan2 tertentu je yg akan menaiki gajah..dan sy pernah termakan rebung buluh betung masa kecil dulu..akibatnya, saya tak sedarkan diri..arwah nenek cari punca, rupanya sy makan rebung tu..

    BalasPadam
  10. kisah ni macam kisah keturunan saya

    BalasPadam
  11. Semua yg x boleh makan ikan kekacang krne berketurunan Sayyid Hussein jamadul kubro ketua wali 7 ,komen Klau nk tahu lebih details,Sye pun termasuk

    BalasPadam
  12. Arwah ayah saya dulu melarang makan ikan kekacang, rebung buluh betung, bayam berduri ...katanya kalau makan kulit akan pecah...saya dan anak-anak x berani makan sampai sekarang..arwah ayah keturunan Megat dari Terengganu.

    BalasPadam
  13. Mmg dulu taknak percaya tapi bila dah berlaku dan nampak depan mata keadaan kakak ( berlaku dengan izin allah) .. Maka kami akur dengan pesanan nenek moyang.. Wallahu a'lam

    BalasPadam
  14. Saya baru tahu smlm keturunan Sy xleh makan ikan kacang ni mcm selalu jumpa ikan tu..x sure pernah mkn ke x...tp anak Sy 2 org ada yg kena gatal²

    BalasPadam
  15. sama keturunan belah kg laut, keturunan raja kelantan pecah 4. ambo xleh makan ayoh ambo pesan ank cucu xleh makan.

    BalasPadam
  16. Sy tetarik dgn versi kisah ke3 hampir sama dicerita kisah org yg terdampar ditepi pantai diselamatkan ikan kekacang sehingga berlumut badannye dan berpesan pd keturunannye jgn mkn ikan tersebut dipantai ni ikan tersebut selamatkan.

    BalasPadam
  17. Mcm pernah arwah ayah pesan..keturunan kita xleh makan ikan ni..nnt pecah belah katanya..kita nya ingat nnt pecah belah keluarga hahhaa.. hr ni suami mancing bawak balik ikan ni...panjang dekat 4kaki...terasa nak gugel sebab teringat pesanan arwah awah...maknanya..mmg betul la ada kan pantang larangnya

    BalasPadam
  18. Kisah ini tak pasti benar atau tak tetapi benda² tu mmg tak boleh mkn. Sy smpai skg tak pnah tgk ikan tu mcm mana tp dilarang untuk mkn

    BalasPadam
  19. Semua komen dah terkena.. tapi takde yang komen macam mana nak ubati? Terima kasih

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...