OOO

Isnin, Mac 12, 2018

RESEPI CHAPATI LEMBUT DAN MUDAH DENGAN KARI DAGING

Assalamualaikum semua

Dah berusia ni suka pulak buat chapati untuk sarapan pagi, memang akak pastikan ada stok tepung atta kat rumah.
memang selalu beli brand pillsbury ni kat Jaya Grocer
Walaupun tak pandai lagi nak bulatkan masih mencanai, tapi kira ok bila suami puji rasanya sedap.  Kali ni akak buh minyak sapi dalam tepung.

Bahan-bahan
3 cawan tepung chapati/tepung atta
1 sudu makan minyak sapi
1 sudu teh garam
air suam secukupnya.

Cara-cara
1. Masukkan tepung bersama garam dan minyak sapi ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sehingga dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
3. Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 1/2 sehingga 1 jam. 
Setelah itu bahagikan doh kepada doh yang kecil.
4. Canai doh (jika melekat taburkan sedikit tepung atta/capati) dan masak dalam non stick pan dengan api sederhana sehingga keluar gelembung kecil.
5. Tunggu sebentar baru di balikkan dan gunakan paper/towel lembab dan tekan diatas permukaan capati sehingga timbul gelembung.
6. Angkat dari pan  capati yang telah di masak dan ulangi proses sehingga habis.
kari daging baki semalam punya

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers