OOO

Isnin, April 02, 2018

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS DENGAN PETAI SEDAP

Assalamualaikum semua

Kalau nak buat sambal tumis ikan bilis akak suka tumbuk bawang merah, sedikit ikan bilis dan belacan.  Pastu tak yah goreng ikan bilis, pas cili dah terbit minyak masukkan ajer ikan bilis, petai dan hirisan bawang.


Bahan-bahannya
Satu mangkuk kecil ikan bilis
2 papan petai-ikut suka
8 sudu makan cili kisar
2 biji bawang besar(sebiji di kisar ..1 biji lagi hiris bulat)
5 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
Air asam jawa secukupnya
1 inci belacan
sedikit gula/gula melaka
Minyak masak secukupnya
Garam 

Cara-caranya
  1.  Tumbuk atau kisar bawang kecil, bawang putih, 1 biji bawang besar, belacan dan sedikit ikan bilis.
  2. Tumiskan bahan yang telah dikisar dengan api sederhana besar setelah naik bau masukkan pula cili kisar.
  3. Gunakan api perlahan supaya cili tu masak/naik minyak.
  4. Masukkan garam, setelah cili naik minyak (masak) masukkan air asam jawa.
  5. Biarkan masak dalam 5-10 minit baru masukkan ikan bilis.
  6. Masukkan juga bawang besar yang telah dihiris bersama petai dan gula melaka/gula.
  7. Tunggu lagi dalam 10 minit menggunakan api yang kecil, kemudian rasa garam dan asam dulu.
  8. Kalau okey bolehlah di hidang.

1 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...