OOO

Rabu, Jun 27, 2018

PIZZA BUAT SENDIRI DI RUMAH YANG SEDAP DAN MUDAH

Assalammualaikum semua

Bila anak anak balik beraya, baru mood nak buat pizza sendiri kat rumah.  


Bahan Untuk Doh
1. 2 cawan tepung roti 
2. 1 sudu kecil yis segera
3. 1 sudu teh gula/1 sudu makan susu tepung
4. 1/2 sudu teh garam/sedikit mixed herb
5. 1/2 cawan air suam (akak tambah sikit dalam 2 sudu makan)
6. 2 sudu makan minyak zaiton
Cara-cara
1. Campurkan gula dan yis dalam air suam. Biarkan berbuih.
2. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung yang di campur dengan garam dan minyak zaiton.
3. Uli sehingga lembut dan licin. Tutup dengan sling wrap dan biarkan naik sehingga 2x ganda.  Akak masukkan dalam breadmaker.  Masukkan cecair dulu baru masuk tepung dan bahan yang lain.
4. Setelah naik, tumbuk untuk buang angin dan canaikan dan letak di dalam pan pizza yang telah di sapu dengan minyak zaiton. 
Biarkan seketika. Cucuk dengan garpu sebelum di gunakan.  Buhlah sos pastu tabur bahan toping dan akhir sekali buh mozarella cheese
Bahan Untuk Sos
1. 500gm daging kisar
2. 1 biji tomato (kisar halus)
3. 1 biji bawang besar (potong dadu)
4. 3 sudu makan sos tomato
5. 2 sudu makan pes tomato
6. 1 sudu teh mixed herb
7. 1 sudu teh pizza herb
8. 3 biji bawang putih di cincang
9. garam secukup rasa
10. minyak zaiton
Cara-cara
1. Panaskan minyak zaiton. Tumis bawang putih dan bawang besar.
2. Masukkan tomato yang telah dikisar dan juga daging. Biarkan seketika sehingga daging masak dan berair.
3. Masukkan pes tomato, sos tomato, mixed herb, oregano dan garam.
4. Biarkan sos pekat sedikit barulah di tutup api.
Bahan Untuk Di letak di atas pizza(sebenarnya ikut suka hati)
1. hot dog (hiris halus)
2. filament stick crab (potong kecil)
3. cili banggala/bawang besar
4. cheddar cheese
5.  mozarella cheese

2 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers