OOO

Isnin, September 24, 2018

BOHSIA DAH MATI

Assalammualaikum semua

nasib baik ada video anak kucing buat kenangan 

Bila hilang 2 ekor anak kucing, datang lagi sekor menumpang makan.

Akak panggil bohsia sebab bila malam hilang entah ke mana..
Pagi pagi baru balik.



Masa mula sampai, kesian sebab macam biasa anak kucing tak pandai lagi bersihkan mata dan badan dia.  Selalunya mak kucing yang jilat.  Bila dah sakit mata, mulalah tahi mata berselepet.

Kena bersihkan dulu dengan kapas yang di rendam dengan air suam.  nasib baik ada stok ubat mata.. bila dah pindah akak bawa gak buat peneman si Hitam.

Mata dah mula baik, oleh sebab kucing akak ni tak duk dalam rumah, satu malam tu si Bohsia, merayau lagi.  Tak balik balik sehingga 3 malam.

Bila balik jalan dah hencut, mengiau lemah kat belakang tempat rak kasut, bila angkat bagi makan dia makan tapi ashiklah tidur jer.

Tak perasan pulak ada bekas gigitan kat tepi badan, dah mula bernanah bila akak terbau busuk.  Tak lama Bohsia pergi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...