OOO

Jumaat, September 28, 2018

PUCUK UBI KERINTING

Assalammualaikum semua

Hari Ahad lepas, masa pergi ke Pasar Tani Salak, nak cari pucuk ubi nak buat masak lemak.  Bila sampai pukul 10 lebih memang stok barang terutama sayur kampung banyak yang dah habis di borong oleh orang..

Jumpa seorang kakak yang jual pelbagai sayur kampung, tenguk ada pucuk ubi ker tak.  Bila tanya kakak tu bagi pucuk ubi kerinting...haaa tak pernahlah pulak se umur hidup makan pucuk ubi ni,

Tanya dengan kakak tu perlu ker rebus macam biasa..
ooo tak payah katanya
masukkan jer dalam masak lemak, nanti lembutlah pucuk tu.

Kalau ubi biasa kita cuma ambil pucuk dan 2 helai dau yang atas, daun ubi ni boleh ambik semua.

Oleh sebab itu, harganya mahal sikitlah.  1 ikat RM1.50 sen.

Akak dah masak dah campur dengan daging, rasanya lain sikit dari ubi biasa.

Bila google rupanya pokok ubi kerinting ni boleh tanam dalam pasu jer nak ambil daunnya, tapi kat mana pulak nak cari batangnya.

Kalau ada info bagitau ek..


3 ulasan:

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...