OOO

Sabtu, November 10, 2018

PAKEJ KOMBO TIKET PENERBANGAN DAN HOTEL DI TRAVELOKA

PAKEJ KOMBO TIKET PENERBANGAN DAN HOTEL DI  TRAVELOKA 

Assalammualaikum semua

Dah lama betul kami berdua tak pergi bercuti, kali terakhir 2 tahun lepas.  Kali puncanya kerana anak bongsu kami Imran akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bermula minggu depan.




Setiap minggu ada kelas tambahan di sekolah dan juga pergi ke tuisyen pada sebelah malam.  

Doakan agar Imran terang hati dan kuatkan ingatan agar  berjaya  menjawab soalan dengan tenang.  Doakan yer. 

Akak dah  rancang nak pergi bercuti berdua selepas Imran habis periksa awal bulan Disember.  

Nak sambut ulangtahun perkawinan kami yang jatuh pada awal bulan Januari tahun depan. Pergi berdua ajer tanpa gangguan dari anak cucu, kira macam honeymoonlah kononnya.

Rasanya nak pergi ke Pulau Pinang sebab dah lama sungguh kami tak pergi bercuti kat sana. Akhir kami pergi ke sana pada tahun 2013..fuhhh lamanyaa.

Kami suka jalan jalan cari makan kat sana sebab banyak tempat makan yang sedap  dan banyak tempat menarik yang boleh kami pergi.

Cadangannya nak pergi masa cuti krismas akhir bulan Disember, tapi bila fikirkan kalau drive kat highway masa cuti panjang memang jalan sesak, baik di highway ataupun jalan persekutuan aka jalan dalam/jalan kampung.


Baik kami berdua naik flight jer, lagi senang.  Cepat sampai pastu tak payah mengadap jalan jem,  nak fikir nak duit minyak dan tol lagi.  

Bila dah berumur ni memang terasa letih bila memandu dalam keadaan jalan sesak di sana sini. Kami ambil keputusan nak naik flight ajerlah dan book secara online. 

Akak sebagai Menteri Kewangan😉 kat rumah, kenalah merancang dengan teliti dari segi perbelanjaan.  Nak kena cari tiket penerbangan dan hotel yang harganya menjimatkan dompet kami. 

Akak pun mulalah search di perlbagi laman web, hermm setiap web menawarkan harga yang berbeza beza.  Wah kena pandai cari dan buat perbandingan, kena pilih mana satu yang menarik dan menepati budget kami.


Bila tercari-cari terjumpa pula laman web Traveloka yang menawarkan ciri-ciri (feature) terbaru iaitu pakej Kombo Flight + Hotel.  

Kalau nak tau TRAVELOKA adalah website yang menawarkan perkhidmatan untuk kita menempah tiket kapalterbang dan hotel sekaligus yang menjimatkan perbelanjaan di bandingkan jika kita membeli secara berasingan.






Kita boleh memilih pakej ini untuk ke mana-mana sahaja yang kita nak bercuti samada di dalam dan di luar negara.  

Ada pelbagai promosi yang sedang di tawarkan, bolehlah kita berjimat dengan lebih lagi.



Kupon Diskaun
Sekarang ni jika kita menempah tiket dan hotel sekaligus
dari 15 Oktober - 15 Novmber ada diskaun menarik tau.

Bila kita menempah dalam masa promosi, kita boleh mendapat kupon diskaun tambahan. Kita kena gunakan kod kupon yang di beri baru dapat diskaun harga pakej hotel dan tiket kapalterbang.

Untung tau gunakan pakej ini sebab kita boleh menempah secara fleksibel dengan pelbagai pilihan harga yang tiada bandingan. 

Kalau buat tempahan sekarang tapi nak terbang bulan depan bolehlah sempat nak kumpul duit nak di belanjakan nanti masa sampai di Pulau Pinang.


TRAVELOKA FLIGHT+HOTEL PAKEJ


Nak tau macam mana caranya.  Senang saja.

Mula mula pergi ke web https://www.traveloka.com/en-my/

Kalau belum register, register dulu, kalau dah register terus log masuk.


Mula-mula kena klik Penerbangan + hotel.
Isikan destinasi pilihan, tarikh perjalanan dan tempoh penginapan. Pastu klik cari penerbangan + hotel

Kemudian pilih mana pakej yang kita nak pergi, macam akak dan suami nak pergi bercuti dan nak ambil pakej ke Pulau Pinang.

Kat sini kita boleh pilih berdasarkan harga penerbangan, hotel, masa, penarafan bintang, kemudahan dan jenis penginapan. 


Bila dah pilih dan puas hati dengan pakej ini, teruskan buat tempahan ikut kesesuaian dan masa, yang paling best di setiap kombo ada diskaun hebat.



Isi segala maklumat yang di perlukan. Dah siap teruskan untuk pembayaran.  

Kita boleh pilih kaedah pembayaran yang kita hendak samada nak guna secara debit/kredit. Bila dah buat bayaran nanti kita akan menerima baucher perjalanan kita melalui email.

Taraaa...dah siap.

Pulau Pinang juga di kenali dengan nama lain iaitu Pearl of Orient atau Pulau Mutiara. Kalau nak tau sejarahnya boleh cari di google.

Salah satu agenda kami, dah tentulah nak jjcm, cari makan yang sedap sedap😋.

Dulu dah merasa pasembor rojak kat Jalan Chowrasta, kat sepanjang jalan ni banyak makanan jalanan yang sedap sedap.

Pasembur ni memang makanan khas dan istimewa di Pulau Pinang. Sedap tau pasembor, rugi kalau pergi ke sana tak mencuba.
Kali ni nak cuba makan pesembur kat kawasan Gurney Drive pulak lah sebab anak kata sedap.

Rugi kalau tak cuba makan laksa penang, dulu akak makan kat sebelah Rumah P.Ramlee memang terbaik laksanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...