OOO

Rabu, November 07, 2018

RUGINYA BELI EMAS PERHIASAN

Assalammualaikum semua

Dulu dulu kan, bila ada duit dapur  terlebih akak suka simpan. Bila dah cukup akak belilah  barang kemas perhiasan macam gelang, rantai ataupun loket. 

Tapi bukanlah sebanyak Dato Vida, cuma adalah sejanggut udang. Kan orang perempuan memang suka dengan emas.

Kebetulan pulak abah akak menjual barang perhiasan secara bayar ansuran.  Akak pula dah bekerja semula setelah berehat selama lebih kurang 6 tahun. 

Abah pulak ada kedai kegemaran yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.

Tapi kan emas perhiasan ni kalau beli mesti ada kos upah.  Upah pulak tak sama di setiap kedai dan negeri. Harga upah pula bergantung kepada pekedai emas sebab mereka boleh manipulasikan oleh mereka.  

Kalau misalnya harga emas turun, pekedai boleh naikkan kos upah untuk top up keuntungan mereka.  Walaupun harga emas tengah turun, kita akan tetap kena bayar dengan harga yang mahal.

Pastu ada pulak kalau nak jual segera ada pulak tolak susut nilai yang tinggi sekitar 18-25% bergantung pada kedai emas.

Gelang emas dan sewaktu dengannya, kalau beli hari ini, esok nak jual pun akan di kira susut harga, tu yang buat kita rugi.😵

Akak ada pengalaman jual gelang pandora yang patah, bila di kira semula memang terasa rugi sebab pakai pun tak sampai setahun.


Kebetulan akak nak guna cash terpaksa dalam rela terima wang tunai yang hilang hampir 20 persen.😭Maksudnya, walaupun harga emas  naik 20%, pembeli barang kemas masih rugi tetap rugi 5%😯.

Memang terasa sungguhlah, rasa tak berbaloilah pulak sebab bila di kira rugi ratusan ringgit.

Kalau di ikutkan baik simpan dalam tabung haji ataupun asb, ada gak dividen setiap tahun.


Emas perhiasan memang tak boleh buat pelaburan jangka pendek, kena tunggu berbelas tahun baru boleh untung, tu pun jika harga emas naik meroket.



1 ulasan:

  1. Info menarik...tq ya..blog saya https://cararesepi.blogspot.com/

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Google+ Followers