OOO

Khamis, Disember 06, 2018

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO

Resepi Spaghetti Aglio Olio


Assalammualaikum semua

Bila ada kenduri kawin hari Sabtu, dah kira lunch aaa kat situ.  Bila balik mesti pikir apa nak masak untuk makan malam.  Selalunya masak yang ringkas macam nasi goreng, mee ataupun kuehtiaw.  Kali ni akak masak spaghetti oglio olio.



Bahan-bahannya
1/2 paket spaghetti
1 biji bawang holland (bawang besar kaler kuning), didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 helai bay leaf
Cili flakes
6 ekor udang besar, dibersihkan
Garam secukup rasa
Lada hitam yang baru dikisar secukupnya
Minyak zaitun untuk menumis (akak guna  "extra virgin")
Parmesan cheese-jika suka



Cara Masak
  1. Didihkan air dalam periuk,  masukkan garam dan spaghetti, rebus hingga lembut. Tos dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih dan bay leaf, tumis hingga layu.
  3. Tambah udang, kacau rata dan masak sekejap hingga udang berubah warna.
  4. Masukkan herba Basil, lada hitam dan garam secukup rasa. Tambah spaghetti tadi dan gaul rata hingga mesra. Rasa dan jika ok, matikan api. Hidangkan segera, jika suka boleh tabur sedikit parmesan cheese.

2 ulasan:

  1. Fav SA ni kak...selalu gak masak..ni dah lama tak masak...nak kena buat lagi ni...

    BalasPadam
  2. Sedapnyaaaaa.. Lama husband Yt tak masak aglio olio ni..

    BalasPadam

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...