OOO

Selasa, April 30, 2019

RESEPI NASI DAGING UTARA DENGAN AIR ASAM SEDAP

Resepi Nasi Daging Utara.

Resepi Nasi Daging bersama Air Asam

Bahan untuk sup daging.
Daging ros/batang pinang.. potong besar-besar
Sebiji bawang besar- potong 8
3 ulas bwg putih-ketuk
Seinci halia-ketuk
Seinci lengkuas-ketuk
Sup bunjut
Bunga lawang dan kulit kayu manis
Akar daun sup kalau ada...

Cara-caranya
Rebus daging bersama semua bhn ni sehingga lembut.
Keluarkan daging dan hiris nipis.
Tambah sukatan air cukup untuk masak nasi dan buat kuah

Bahan A :
3 pot kecil beras Basmathi (direndam setengah jam)
2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
2 helai daun pandan
80 ml susu cair
1 sudu makan puri tomato-saya guna sos tomato
garam secukupnya
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung

Bahan B :
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)

Cara-cara :
1. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
2. Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
3. Kemudian masukkan kuah sup daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
4. Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
5. Tuangkan susu cair
6.  Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
7. Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam.

Bahan Air Asam

Bahan-bahan :
2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

**boleh juga tambah kerisek
Kalau nak kisar pun boleh pastu perah jus limau kasturi.

Cara-cara :
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi daging.


Tiada ulasan:

Catat Komen

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...