CARA MASAK PULUT DALAM RICE COOKER
Assalammualaikum semua
Masak ni kann, ikut gak kerajinan diri sendiri, kadang tu terover rajin memang buat pelbagai masakan dalam sehari.
Terutama bila tekak teringin nak makan tu....nak makan ini, nak gi beli malas nak keluar padahal ada jer keta.
Selalu akak kukus pulut nak makan bersama kuah ataupun serawa durian, tak tau kenapa virus M melambak dalam diri, maka akak pun gi aa masak dalam periuk letrik.
Bahan-bahan
2 cawan pulut
1 cawan air panas *
1 cawan santan *
1 sdb minyak masak *
1 sdk garam *
1 cawan air panas *
1 cawan santan *
1 sdb minyak masak *
1 sdk garam *
daun pandan-di carik dan ikat
Cara-caranya
1)Cuci beras pulut sehingga bersih kemudian toskan.
2) Kemudian masukkan kesemua bahan yang bertanda * dan daun pandan ke dalam rice cooker dan tekan tombol utk memasak
3) Bila nampak wap panas keluar, buka penutup rice cooker dan kacau pulut menggunakan chopstick untuk untuk mengelakkan pulut jadi berketul.
4) Bila button naik ke warm, kacau dengan penuh kasih sayang menggunakan chopstick dan biarkan sehingga pulut lembut dan masak sepenuhnya dan bolehlah di hidangkan.

p/s sesuai untuk masak sedikit jer, kalau nak makan ramai ramai lebih elok kukus jer
Terima kasih Kak Ina, nanti nak cuba...teringin nak makan pulut ni huhuhu
BalasPadam