OOO

Sabtu, Ogos 01, 2020

MENARA CONDONG TELUK INTAN PERAK

MENARA CONDONG TELUK INTAN PERAK

Assalammualaikum semua
Oleh sebab kami ni kampung kat belah Selatan memang tak jenguk a belah Utara.

Dulu kalau pergi pun ke Pulau Pangkor, Pulau Pinang ataupun ke tempat naik feri nak Pulau Langkawi.

Tak dan nak singgah mana mana cuma terus ajer ke tempat tujuan.

Bila Ira belajar kat UITM Tapah pernah sekali jer kami  ke Lumut dan Cameron Highland.


Sejarah Menara Condong Teluk Intan Perak. 

Menara Condong Teluk Intan memiliki ketinggian 85 kaki dengan 110 anak tangga. Dibina pada tahun 1885 dan masih teguh berdiri walaupun menjangkau usia lebih 100 tahun. Ia asalnya adalah tangki air untuk simpanan air bersih serta persediaan sekiranya kemarau atau berlaku kebakaran.
Selain itu, ia dilengkapi dengan jam sebagai penentu waktu serta pernah berperanan sebagai penunjuk arah kapal-kapal ke Teluk Anson. Bandar ini telah bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan berkuatkuasa pada 1 Januari 1982.

Menara 3 tingkat unik dengan senibina berbentuk pagoda ini kelihatan seperti 8 tingkat dari luar. Ia pada asalnya didirikan tegak oleh arkitek bernama Leong Choon Chong. Namun ia mula condong setelah berlaku banjir besar pada tahun 1889 dan 1895 yang menenggelamkan menara tersebut.
 
Antara faktor lain yang menyumbang kecondongan disebabkan ianya didirikan di atas struktur tanah yang lembut serta dipengaruhi dengan bebanan tangki menakung air di menara tersebut

Menara Condong Teluk Intan ini sudah tidak lagi digunakan dan kini hanya menjadi ‘landmark’ tarikan pelancong yang mengunjungi Bandar Teluk Intan, Perak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Adsense

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...