Assalammualaikum
La dah ada isulah pula periuk ayan ni.
Mai dari Sabah
Dahlah terjebak shopping balik pinggan mangkuk yang pernah di pakai pada zaman 60an dan 70an.Jom baca
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/
Pinggan viral terkini adalah pinggan mangkuk ayan atau dikenali sbg enamelware. Ya, ia pinggan rekabentuk vintage yang kembali menjadi perhatian masyarakat.
Bagi produk berjenama seperti Le Creuset dan produk dari kilang yang diketahui, anda tidak perlu bimbang kerana penghasilan produk ini akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat. Ini penting untuk memastikan ia bebas dari bahan kimia berbahaya terutama logam berat.
Faktor keselamatan mungkin TIDAK terjamin jika produk ayan dari pengeluar yang tidak diketahui. Selain itu, penggunaan pinggan ayan antik juga tidak digalakkan kerana regulasi sebelum ini tidak ketat. Pinggan mangkuk ayan yang telah rosak seperti retak, kemek, bercalar dan berkarat juga perlu dielakkan penggunaannya.
Kebimbangan utama adalah pencemaran logam berat seperti plumbum, kadmium dan uranium. Bahan bahan ini biasanya digunakan untuk memberi warna menarik pada pinggan mangkuk ayan.
Kesan terdedah kepada bahan ini menyebabkan risiko masalah perkembangan otak kepada anak anak. Untuk jangka masa panjang akan akibatkan kerosakan organ lain seperti buah pinggang, hati, tulang dan kanser.
Sekiranya anda ingin menggunakan produk ayan antik, gunakan sebagai hiasan, tempat letak bunga hiasan ataupun pelapik pinggan lain.
Jika anda baru berjinak jinak dengan produk ini, utamakan keselamatan dengan memilih produk yang telah disahkan selamat.
Bagi pengeluar produk seramik yang tidak mempunyai pengesahan kualiti produk, sila melakukan permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan dari KKM (Bahagian Keselamatan Makanan) untuk mengesahkan bahawa produk anda bebas pencemaran logam berat.
P/S Apa pendapat anda pula
Menarik, tapi berisiko. Pinggan mangkuk ayan ni memang cantik dan antik tapi saya rasa saya pakai pinggan mangkuk biasa sajalah untuk pemakaian seharian
BalasPadamBeli yang baru jer
PadamTak tau tahan lama macam atau pun tidak
kalau rasa ragu-ragu, saya tak guna. Kalau rasa ok, berani je la guna.. Kami pakai pinggan biasa je.. kadang guna pinggan hadiah sabun daia
BalasPadamBetul tu ikut yang mana selesa guna
Padam